spot_img
spot_img

Menu babi: Memang melampau!

spot_img

KAMI tidak halang sesiapa pun nak berniaga. Nak jual benda tidak halal pun kami tidak ganggu. Nak berkongsi dalam kawasan sama pun kami boleh sabar lagi. Tapi kalau sampai tayang ‘benda’ itu secara terbuka, ia keterlaluan!

https://youtu.be/bhjSBxkWJOo

Itu reaksi yang saya terima berhubung tindakan beberapa pengusaha restoran di sebuah pusat beli-belah terkenal di Petaling Jaya, Selangor yang mempamerkan menu pelbagai hidangan berasaskan daging babi secara terbuka.

Saya sendiri terkejut. Tinjauan saya ke situ mendapati, menu berserta gambar itu dipamerkan sama ada dalam bentuk gegantung, skrin, poster atau buku oleh pengusaha restoran di depan premis mereka seolah-olah tiada sifat bertimbang rasa terhadap pengunjung Islam.

- Advertisement -

Kedudukan restoran-restoran tidak halal pula bercampur aduk dengan premis-premis halal lain termasuk restoran makanan segera.

Ada yang terletak sebelah menyebelah, ada yang menghadap antara satu sama lain. Bayangkan kalau orang Islam nak makan di situ, mereka terpaksa melalui restoran-restoran yang bukan sahaja menyajikan makanan tidak halal.

Malah ada secara terang-terangan menayangkan menu berserta gambar pelbagai hidangan mengandungi daging babi di depan premis masing-masing.

- Advertisement -

Semua orang pun tahu, agama rasmi negara ini adalah Islam meskipun rakyatnya terdiri pelbagai kaum. Jadi, mana rasa hormat dan sensitiviti mereka?

Beginikah ciri-ciri dan budaya generasi Malaysia Baharu? Macam berada di luar negara. Tidak ubah seperti di Thailand, Filipina, China.

Saya yang lalu di depannya turut disapa oleh krew restoran berkenaan dan dipelawa untuk masuk menjamu selera.

Bayangkan kalau orang jenis lurus bendul dan masuk tanpa usul periksa, entah apalah nasib dia.

Menurut Ida, 28, sebagai sebuah negara Islam, tidak sepatutnya keadaan sedemikian berlaku. Ia mencerminkan betapa tidak sensitifnya pihak-pihak berkaitan.

Ini termasuklah pengurusan pusat beli-belah, pengusaha restoran dan agensi kerajaan terutama pihak berkuasa tempatan (PBT). Lebih dikesali, ia berlaku di dalam sebuah pusat beli-belah yang dikunjungi pelbagai kaum dan agama serta semua peringkat masyarakat termasuk kanak-kanak.

“Pada pandangan saya, adalah tak wajar benda (menu) macam ini diletakkan di tempat umum yang dikunjungi semua kaum. Kitakan (Malaysia) negara Islam, tak patut berlaku.

“Kerajaan perlu bertanggungjawab, ambil tindakan segera!” tegasnya.

Bagi Zack, 65, bukan tidak boleh letak langsung menu sedemikian di depan kedai, tetapi perlu tengok jugalah kesesuaian keadaan. Bukan secara terang-terangan, semua orang boleh nampak.

Yang datang ke situ pun ramai pelanggan Islam. Sepatutnya restoran halal dan bukan halal dipisahkan, bukan sebelah menyebelah.

“Mereka (pengurusan kompleks dan PBT) perlu buat sesuatu. Perbuatan sedemikian tak elok.

“Pengunjung pun majoriti Muslim, agama rasmi negara kita pun Islam,” ujarnya.

Azian, 55, menyifatkan keadaan sedemikian sebagai melampaui batas. Ia mencerminkan sikap dan keperibadian sama ada pengusaha restoran atau pengurusan pusat beli-belah.

Pengunjung Islam yang ke situ juga tidak semena-mena terpalit kerana mungkin dilihat oleh bukan Islam seperti tidak kisah dengan keadaan sebegitu.

“Kalau restoran bukan halal nak kekalkan lokasi lot mereka kerana mungkin strategik, janganlah tayang menu berkenaan secara terbuka,” jelas Azian.

Kepada pihak-pihak terlibat, buatlah sesuatu. Hormatilah agama rasmi negara ini.

Memanglah ekonomi dimonopoli ‘mereka’, tetapi bukan bermakna boleh buat sesuka hati atas alasan berniaga. Bukan boleh ‘langgar’ macam itu sahaja.

–UTUSANONLINE

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img