Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengingatkan rakyat bahawa gaji yang tinggi tanpa peningkatan produktiviti adalah sia-sia selain hanya meningkatkan harga barangan dan perkhidmatan.
Katanya, cabaran utama ahli-ahli perniagaan di negara ini pada waktu ini adalah meningkatkan produktiviti merentasi ekonomi negara.
“Standard kehidupan nasional dan keupayaan dalam mengubah Malaysia sepenuhnya kepada status negara maju akan dipengaruhi kuat oleh keupayaan kita untuk meningkatkan kadar produktiviti.
“Saya dilatih untuk menjadi doktor perubatan. Tetapi ahli-ahli ekonomi dan pemimpin-pemimpin perniagaan sentiasa mengingatkan saya mengenai kepentingan produktiviti sebagai intipati utama untuk perkembangan ekonomi,” katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu berucap pada Majlis Konvokesyen Asia School of Business di Hotel Mandarin Oriental di sini hari ini.
Kenyataan Perdana Menteri semalam diputar belit oleh media pembangkang dan sesetengah media arus perdana; “gaji naik harga naik, sekarang gaji tidak naik, harga pun naik”. Media mereka tidak melihat dari pemahaman konteks ilmiah ekonomi ataupun sengaja mencetus isu terhadap kerajaan kini. – Tularr