KUALA LUMPUR 14 April – Berikutan ketokohan dalam bidang perniagaan dan ekonomi, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dianugerahkan Ijazah Kehormat Pengurusan Perniagaan, Asia School of Business.
Anugerah itu disampaikan oleh Presiden dan Dekan Asia School of Business, Prof. Charles Fine.
Yang hadir pada majlis tersebut ialah Pengerusi Bersama Lembaga Pengurusan Asia School of Business, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.
Asia School of Business merupakan hasil usaha sama antara Bank Negara Malaysia dengan Massachusetts Institute of Technology Sloan School of Management, Amerika Syarikat