spot_img
spot_img

TMJ juga Rakyat Malaysia seperti kita semua – Tun M

spot_img

KUALA LUMPUR: Dr Mahathir Mohamad berkata, Tengku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim bebas mengkritik kerajaan, sama seperti rakyat lain di negara ini.

Perdana Menteri berkata, kerajaan menganggap Tunku Ismail sebagai rakyat biasa yang bebas menyatakan pandangan, selagi ia tidak bersifat menghasut.

“Kita anggap dia (Tunku Ismail) sebagai orang biasa, boleh mengkritik kerajaan, asalkan dia tak melanggar undang-undang.

- Advertisement -

“Jika dia buat kenyataan dianggap menghasut, kita akan ambil tindakan terhadapnya. Dia tidak kebal daripada undang-undang, malah tiada sesiapa di Malaysia yang melangkaui undang-undang.

“Tiada apa pun yang boleh menghalang rakyat Malaysia daripada menyatakan pandangan dan dia (Tunku Ismail) adalah rakyat Malaysia, tidak lebih daripada itu,” katanya pada sidang media di Parlimen, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas beberapa kritikan Tunku Ismail, terhadap Putrajaya sejak kebelakangan ini.

- Advertisement -

Ditanya mengenai kewajaran Tunku Ismail menyertai politik, Dr Mahathir berkata, pilihan itu berada di tangan Tengku Mahkota Johor itu sendiri.

Dia boleh buat pilihan itu sendiri, jika dia mahu menjadi ahli politik, dia boleh berbuat demikian,” katanya.

Baru-baru ini, Tunku Ismail kerap menyatakan pandangan yang bertentangan dengan dasar kerajaan, antaranya mengkritik penyertaan Malaysia dalam Statut Rom yang disifatkan dibuat secara terburu-buru tanpa pertimbangan menyeluruh, dengan me-
ngambil kira implikasi undang-undang yang serius terutama terhadap kedaulatan Malaysia dan kekebalan Yang di-Pertuan Agong.

–THESTAR

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img