spot_img
spot_img

Negara paling banyak satelit

spot_img

Lebih daripada 1,950 satelit aktif sedang mengorbit Bumi, dah lebih banyak lagi bakal di lancarkan tidak lama lagi.

Pengurangan kos dan persaingan yang semakin meningkat telah membawa kepada peningkatan bilangan satelit komersial yang dilancarkan ke orbit Bumi.

Walaupun sesetengah negara memandangnya dari kacamata ketenteraan, kerjasama seperti Stesen Angkasa Antarabangsa telah membawa negara-negara lain bersama-sama untuk menambah lebih banyak pengetahuan mengenai ruang angkasa.

Semangat kerjasama ini juga menimbulkan pelapis usahawan baru untuk mengeksploitasi potensi yang belum diterokai oleh sektor angkasa yang makin berkembang.

- Advertisement -

Perlumbaan ruang angkasa yang baru

Usaha-usaha syarikat swasta yang bercita-cita tinggi dalam penerokaan ruang angkasa ini termasuklah operasi perlombongan angkasa, dan program-program yang membolehkan pelancong membayar yuran untuk merasai pengalaman berada di ruang angkasa yang melebihi atmosfera bumi. 

Perniagaan ini juga berkembang dengan banyak syarikat swasta yang menawarkan perkhidmatan pelancaran satelit kepada pelanggan swasta dan juga kerajaan. Ini telah membantu penyebaran teknologi satelit ke negara kurang pendapatan tanpa program ruang angkasa mereka sendiri. 

Pangkalan Data Satelit UCS , yang dikumpulkan oleh Union of Concerned Scientists , kumpulan advokasi sains, menunjukkan bahawa Amerika Syarikat, pada November 2018, mempunyai 830 unit satelit terdaftar di orbit. Jumlah itu hampir melebihi jumlah gabungan sepuluh begara teratas. China tempat kedua dengan 280, dan Rusia ketiga dengan 147.

- Advertisement -

Mengejutkan, Luksemburg mempunyai satelit lebih banyak satelit aktif daripada negara-negara Eropah yang besar seperti Jerman, Sepanyol dan Itali. Mereka juga telah melancarkan LSA Space Agency (LSA), untuk menggalakkan usahawan untuk memenuhi minat ruang angkasa mereka secara komersial. 

Satelit yang dimiliki oleh syarikat-syarikat komersial telah pun melebihi jumlah yang digunakan oleh tentera, dan ianya mencerminkan trend yang semakin meningkat di sektor swasta adalah dalam teknologi ruang angkasa.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img