spot_img
spot_img

Jangan panik, tak perlu sampai darurat – Tun Mahathir

spot_img

JOHOR BAHRU: Tidak perlu ke tahap nak isytiharkan Pasir Gudang sebagai darurat kerana keadaan masih terkawal dan pihak berkuasa tahu bagaimana hendak menghadapi situasi itu, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam satu sidang media khas di Hospital Sultan Ibrahim hari ini, beliau berkata, sungguhpun perkara itu tidak pernah berlaku, tetapi dengan kepakaran pihak berkuasa termasuk pakar perubatan, masyarakat tidak perlu panik.

“Kita tak perlu isytihar darurat, tak perlu pindahkan orang, tapi kita perlu berhati-hati dan mereka yang bertugas untuk menjaga mengawal keadaan ini mesti bersedia untuk menangani apa jua masalah yang berlaku,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

- Advertisement -

Perdana Menteri berkata, sungguh pun perkara itu agak membimbangkan, tetapi beliau mempunyai keyakinan terhadap kebolehan doktor di sini, dan beliau mengharapkan agar rakyat, terutamanya masyarakat di Pasir Gudang mempunyai keyakinan yang sama.

“Saya dapati dalam taklimat yang diberi kepada saya daripada pelbagai pihak, mereka telah menjalankan tugas dengan sempurna walaupun kes seperti ini tidak pernah berlaku, tetapi nampak dari segi bomba, polis, hospital, sekolah dan lain-lain. Mereka telah tangani perkara ini dengan cekap dan berhasil.

“Saya datang ke hospital ini untuk melihat mangsa-mangsa, dan saya dapati walaupun mangsa menghadapi kesan yang serius, tetapi ternampak doktor-doktor di sini sedar dan tahu bagaimana menangani racun yang semacam ini,” katanya lagi.

- Advertisement -

Terdahulu, usul tergempar mememinta pengisytiharan darurat bencana di Pasir Gudang ditolak Kerajaan kerana ia tidak mengikut ketetapan arahan Akta Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin berkata mengikut Arahan 20 Akta MKN, sesebuah kerajaan negeri perlu mengemukakan permohonan kepada Kerajaan Persekutuan jika berkehendaki sesuatu kawasan itu diisytiharkan darurat.

–AWANI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img