spot_img
spot_img

Konsert Gugat Keharmonian Sosial di Halang

spot_img

Singapura membatalkan persembahan kumpulan muzik metal dari Sweden, Watain kerana dikhuatiri berpotensi mengganggu keharmonian sosial negara ini.

Terdahulu, Singapura memberi kebenaran kepada kumpulan itu melakukan persembahan, selagi mereka tidak menyanyikan lagu-lagu yang dianggap ‘menyerang agama’.

Namun Singapura memutuskan untuk membatalkan persembahan itu beberapa jam sebelum ia berlangsung selepas mendapat nasihat dari Kementerian Hal Ehwal Dalam Negara.

- Advertisement -

“Kementerian melahirkan kebimbangan serius berhubung persembahan tersebut susulan sejarah kumpulan berkenaan yang menolak agama dan mempromosikan keganasan, sekali gus berpotensi mencetuskan permusuhan dan mengganggu keharmonian sosial negara ini,” kata Pihak Berkuasa Pembangunan Media Infocomm.

–AFP

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img