Sejak Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, dendam kesumat Singapora terhadap Malaysia semakin menjadi-jadi. Media mereka saban hari menghentam Perdana Menteri dan kerajaan kini. Video-video viral yang menjadikan Malaysia sebagai negara huru-hara sering dihebahkan. Politik Malaysia sering ditertawakan.
Singapora seolah-olah kelihatan lebih cenderung menyukai pentadbiran Najib yang terdahulu. Ini kerana pentadbiran Najib tidak memberi saingan dan kurang cerdik berbanding Tun Mahathir.
Seperti yang kita ketahui, Tun Mahathir terkenal dengan sikap tidak akan tunduk kepada sikap penting diri bongkak Singapora. Kini kerajaan Singapora PAP berjaya mengalihkan perhatian rakyatnya atas kelemahan mereka supaya menjadikan
Malaysia sebagai isu utama. Walhal kita di Malaysia langsung tidak mengambil peduli atas apa yang terjadi di atas pulau kecil tersebut. Kini Singapora bimbang akan tuntutan jual beli air yang merugikan Malaysia , serta hasrat kerajaan Malaysia yang ingin meneruskan jambatan menggantikan tambak Johor, yang pastinya akan merugikan pelabuhan mereka dan menaikkan ekonomi pesisir Johor.
Namun, mari kita ikuti 8 perkara yang Singapura tidak mampu hidup tanpa Malaysia :
1. Barangan yang lebih murah
Ini adalah perkara utama bagi warga singapura yang datang ke Malaysia. Dengan kadar kenaikan tol yang mendadak, mereka perlu untuk membuat percaturan dalam membeli barangan. Oleh itu, Malaysia adalah tempat membeli belah terbaik bagi mereka
2. Makanan yang pelbagai
Kebanyakan warga singapura mengatakan makanan di Malaysia adalah lebih baik dan sedap. Terdapat juga mereka yang sanggup beratur panjang untuk menikmati sate yang terbaik di Malaysia
3. Jauh dari kesibukan kota
Walau tiada tekanan di tempat kerja di singapura, kehidupan selepas waktu kerja di Malaysia adalah lebih tenang. Penjual-penjual di Malaysia adalah lebih mesra berbanding singapura yang seakan-akan memaksa mereka membeli jualan meraka.
4. Mencari benda yang tiada di SingapuraÂ
Peniaga pasti tahu tentang ini. Kebiasaanya, pengedar akan melihat pasaran Malaysia dahulu, dan jadikan Singapura sebagai pasaran tambahan. Ini kerana pasaran Singapura lebih kecil dari Malaysia. Ini bukanlah bermakna pasaran Singapura gagal, tetapi pembeli adalah kurang dari Malaysia.
5. Untuk perkara yang tidak boleh di lakukan di Singapura
Terdapat banyak perkara yang tidak boleh dilakukan di SIingapura. Sebagai contoh, memandu laju. Jika anda suka kelajuan, anda tinggal di negara yang salah. Di singapura lesen anda dibatalkan, jika memandu lebih dari hadlaju.
6. Untuk melarikan diri dari kerja
Kebiasaannya, Malaysia adalah tempat alasan yang diberikan oleh pekerja kepada majikan mereka.
7. Untuk hidup
Terdapat ramai warga singapura yang bekerja di Singapura tetapi tinggal di Malaysia. Walaupun terpaksa tempuh kesesakan sewaktu pergi ke tempat kerja, tetapi dengan nilai matawang Dollar Singapura, ianya sangat berbaloi untuk meraka.
8. Untuk mengambil gambar perkahwinan
Walaupun banyak tepat menarik di Singapura, tetapi untuk mendapatkan gambar-gambar menarik sewaktu perkawinan, Malaysia ada tempat yang lebih sesuai dan menarik.