spot_img
spot_img

Kerana BLACKPINK, Abby Abadi dan Caprice bertelagah

spot_img

BEBERAPA hari lalu, pelakon Abby Abadi membuat teguran tentang garis panduan pemakaian artis luar selepas kuartet Korea Selatan, BLACKPINK, tampil dengan pakaian yang didakwa mencolok mata dalam konsert mereka, hujung minggu lepas.

Abby berpendapat adanya ketidakadilan apabila tiada yang membuat bantahan tentang perkara itu, situasi yang berbeza dengan sewaktu kehadiran Selena Gomez ke negara ini beberapa tahun yang lalu.

Luahan Abby di akaun Instagram miliknya itu mendapat reaksi Caprice yang menyifatkan tidak sepatutnya perihal pemakaian dijadikan isu besar kerana ia perkara biasa bagi sebuah konsert K-Pop.

- Advertisement -

“Contohnya, kalau anda pergi konsert artis nasyid, anda dapat lagu-lagu agama. Kalau anda ke konsert rock, anda akan lihat gaya fesyen rock dan dengar muzik sangat loud,” katanya dalam satu video reaksi di Instagram.

Namun ia menimbulkan rasa kurang senang Abby apabila Caprice bertindak mengimbas kisah dia bersama kumpulan Elite.

“Dahulu, saya juga merupakan peminat Elite kerana anda semua ketika itu muda dan seksi, saya juga masih muda ketika itu.

- Advertisement -

“Yang penting, manusia perlukan masa untuk berubah,” tambahnya.

Dalam reaksinya, Abby menyifatkan Caprice tidak memahami teguran yang dibuatnya kerana apa yang menimbulkan rasa tidak puas hatinya adalah sikap double standard sesetengah pihak yang hanya menguatkuasakan undang-undang pemakaian terhadap artis tertentu sahaja.

“Dakwah anda hebat, tetapi jangan rajin sangat buat ulasan seolah-olah anda tahu semua perkara,” pesan Abby.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img