Kesungguhan
Ini dapat dilihat pada kesungguhan wanita tersebut. Contohnya wanita yang menyayangi anda sanggup meredah kesesakan lalu lintas selama sejam hanya untuk menghantar makanan tengah hari pada anda. Walaupun anda hanya dapat meluangkan masa kurang 15 minit dengannya. Kesungguhan lain yang dapat dilihat contohnya si wanita itu mengambil masa dan usaha untuk kelihatan cantik dan kemas di pandangan pasangannya walaupun dirinya merasa penat dengan aktiviti seharian. Kesungguhan lain antaranya si wanita yang sentiasa tidak berasa malu mengaku kekurangan dan kelemahan diri dan ingin berusaha menjadi yang terbaik dengan terbuka hati ingin merubah sikap buruk dirinya untuk kesenangan hati pasangannya.
Kesabaran
Kesabarannya pada sikap dan perilaku anda. Namun harus diingatkan, kesabaran setiap wanita itu harus ada hadnya. Pihak lelaki tidak seharusnya mengambil kesempatan di atas kelemahan wanita pada sikap sabarnya yang kadang-kadang tidak masuk akal. Seorang wania yang menyayangi seorang lelaki haruslah meyayangi pasangannya secara sederhana dan tidak berlebihan untuk mengelak hati terlalu terluka. Bersederhana dalam mencintai, dan bersederhana dalam membenci. Wanita yang mencintai pasangannya tahap kesabaran yang dimiliki sangatlah tinggi dan ada adakalanya kesabaran itu tidak masuk akal sehinggakan kesabaran itu menindas dirinya sendiri.
Menerima anda seadanya
Setiap insan pasti ada kelemahannya. Seorang wanita yang menyayangi seorang lelaki itu dapat menerima kelemahan pasangannya. Contohnya, pasangannya mungkin tidak berpendidikan tinggi namun rajin bekerja. Ini menunjukkna pasangannya itu memandang lebih kepada kebaikan berbanding kelemahan pasangannya. Menerima kelemahan pasangan tidak bermaksud menerima kelemahan pasangan dari segi kesilapan yang berulang kali yang tiada penyesalan. Sikap wanita yang berhati lembut dan memudah memaafkan adalah sesuatu yang baik. Namun jika kesilapan yang sama sering dilakukan oleh pihak lelaki, si wanita itu tidak seharusnya terus menerus menerima sikapnya dengan hati terbuka kerana ini hanya mendatang kemudharatan kepada rumah tangga atau perhubungan itu. Seorang wanita itu harus mempunyai prinsip diri yang teguh untuk tidak bertolenrasi dengan suatu sikap yang boleh mendatangkan kemudaratan kecuali pasangan benar-benar berusaha untuk merubah dan perubahan itu dapat dilihat. Namun, prinsip yang teguh itu tidak bermakna penceraian adalah penyelesaian.
Sensitif
Wanita adalah insan yang berhati tisu. Wanita mudah terguris hati walaupun kata-kata anda hanyalah gurauan semata-mata. Antara yang sering mengguris hati seorang wanita itu adalah apabila anda memuji wanita lain di hadapannya walaupun anda tahu kelebihan yang dimiliki wanita lain itu tidak dimiliki olehnya. Contohnya, anda memuji wanita lain yang bertubuh langsing walaupun anda ketahui pasangan anda bertubuh gempal atau berisi. Pihak lelaki juga tidak perlu merasa bangga dengan jumlah teman wanita yang pernah dimilikinya. Wanita tidak akan memandang anda sebagai pencinta wanita yang perlu dikagumi malahan dengan bercerita tentang kisah lalu, hanya akan membuat si wanita itu sedikit tawar hati dengan anda kerana dia tidak merasakan dirinya istimewa. Sikap lelaki yang terbuka dalam berkongsi kisah cintanya yang lalu akan membuatkan pasangannya merasa dirinya hanyalah salah seorang wanita yang diterima masuk dalam hidupnya tanpa sebarang keistimewaan. Ada baiknya si lelaki menyimpan saja cerita kisah lalu, kerana kisah lalu berlaku adalah disebabkan dia ditinggalkan dan tidak dicintai lagi. Wanita hanya berhati tisu pada lelaki yang dia cintai sahaja. Jika kawan lelaki nya mengutuk atau mengejek dirinya, waniita itu tidak ambil kesah dan berhati batu kerana hatinya tiada di situ, Jika hatinya dilukai oleh insan yang dirinya sayang, sakit hati itu memanglah terasa amat.
Gurau Senda
Bergurau senda itu penting dalam sebuah perhubungan kerana ia mengeratkan perhubungan. Namun janganlah bergurau senda yang melibatkan perkara sensitif. Contohnya janganlah bergurau senda tentang kelemahan atau kekurangan pasangan anda. Kadang-kadang kala gurauan yang sebegini boleh membuatkan pasangan kita memendam rasa. Jika anda mendapat pasangan yang pandai bergurau pada masa-masa yang diperlukan atau pada masa genting, contohnya si wanita itu pandai bergurau untuk memujuk, anda sangatlah beruntung.
I Love You
Menjadikan rutin menyatakan I love you amat mudah melembutkan hati setiap insan; lelaki mahupun wanita. Ungkapkan I love you harus dijadikan rutin, walaupun ada hari diri kita tiada mood. Hanya dengan jadikan ia sebagai rutin menyatakan 3 perkataan ini dapat mengekalkan perhubungan harmoni. Wanita yang sering dahulu mengungkapkan 3 perkataan ini terang lagi bersuluh menyayangi anda. Maka, hargai wanita yang meyayangi anda dengan layanan yang baik dan sewajarnya. Kasih sayang itu perlu ditunjuk dan bukan disimpan.
–Erma