spot_img
spot_img

“Ini tahun terakhir saya guna nama Rosyam Nor”

spot_img

KUALA LUMPUR: Selepas sekian lama menempa kemasyhuran dengan nama Rosyam Nor, pelakon dan usahawan terkenal itu berhasrat untuk mengubah panggilannya kepada Rosyam Yes pula.

Berkuat kuasa 2020, selebriti yang dianugerahkan pingat kebesaran Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk pada 2013 itu mahu memperkenalkan panggilan sedemikian sebagai perancangan masa depan.

Menurut pengasas pasar raya Rosyam Mart itu lagi, perubahan sedemikian disifatkannya sebagai sangat penting bagi meningkatkan lagi pasaran perniagaannya.

- Advertisement -

“Saya takkan guna lagi nama ‘Rosyam Nor’ bermula tahun 2019, patutnya dari tahun lepas lagi.

“Saya akan guna nama ‘Rosyam Yes’, sebab lama sangat ‘no’ saja,” katanya ketika berkongsi pengalaman sempena persidangan Jiwa SME 2019 anjuran Astro AWANI.

Rosyam atau nama sebenarnya, Mohamed Noor Shamsuddin berkongsi kisah kejayaannya dalam gelanggang seni dan perniagaan di hadapan lebih 350 peserta yang terdiri daripada usahawan tempatan.

- Advertisement -

Pengarah Urusan syarikat produksi Suhan Movies & Trading Sdn. Bhd. itu merupakan salah seorang speaker yang muncul dalam persidangan Jiwa SME 2019 yang berlangsung selama dua hari di hotel Shangri-La, Kuala Lumpur.

Dalam sesinya, Rosyam berkongsi kepayahan yang membesar di setinggan sebelum mencipta kejayaan untuk bergelar selebriti berjaya dan merintis jalan untuk menjadi usahawan yang hebat.

Persidangan Jiwa SME 2019 merupakan platform komprehensif yang menghubungkan usahawan-usahawan PKS untuk membina hubungan, mencipta peluang serta menginovasi idea bagi memberi nafas baharu kepada perniagaan mereka.

–AWANI

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img