PEMAIN bass band popular Indonesia, Seventeen, merupakan antara korban kejadian tsunami di Anyer pada Sabtu malam.
Menerusi satu entri di Instagram sebentar tadi, vokalisnya Iffan mengesahkan M Awal Purbani atau Bani, maut dalam tragedi itu, manakala tiga lagi anggota kumpulan itu iaitu Andi, Herman dan Ujang, masih hilang.
Turut maut adalah pengurus band itu, Oki Wijaya.
Lebih menyedihkan, isteri Ifan, Dylan Sahara, juga masih belum ditemui.
Sebelum ini, anggota band d’Masiv, Rian Ekky Pradipta menerusi akaun Instagram, meminta agar peminat mendoakan keselamatan kumpulan Seventeen.
Band itu dilaporkan sedang membuat persembahan di Tanjung Lesung Beach Resort ketika kejadian berlaku.
Carian di akaun Instagram band itu, @seventeenbandid menunjukkan kali terakhir mereka membuat kemas kini adalah pada tiga hari lalu, manakala entri menerusi InstaStory pula dikemas kini 12 jam yang lalu.
Seventeen ditubuhkan pada 1999 dan dianggotai Bani, Ifan, Andi, Herman dan Ujang. Mereka telah melahirkan empat buah album setakat ini.
Di Malaysia, mereka pernah popular dengan lagu hit berjudul Selalu Mengalah.
https://www.instagram.com/p/BrtX9T6Bjc3