spot_img
spot_img

Sejarah Negara Perlu Dilihat Pada Naratif Yang Baru

spot_img

4 Disember Kuala Lumpur – Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik bersetuju akan kurikulum baru subjek Sejarah di sekolah perlu disegarkan dengan mengajar subjek itu dari sudut dimensi yang berbeza. Tambah beliau, ia telah dimulakan dari tahun 2017 lagi dan akan diteruskan.

Sejarah negara wajar dipersembahkan kepada para pelajar di awal bangku sekolah, bukan semata-mata dijadikan bahan hafalan untuk menjawab peperiksaan. Penghayatan pada subjek sejarah adalah amat penting di dalam membentuk jati diri negara, bangsa & agama.

Tambah beliau, Winston Churchil, bekas Perdana Menteri England semasa perang dunia ke dua dahulu, menegaskan bahawa sejarah ditulis oleh mereka yang menang. Oleh itu sudah tentu, menurut Dr Maszlee, pasti ada tokoh-tokoh yang tertinggal di dalam penceritaan sejarah kini. Jadi amatlah wajar semua para ilmuan, media, siswa-siswi, korporat dan juga ahli politik terus menerus membincangkan sejarah di atas platform wacana tanpa mengubah fakta yang ada.

- Advertisement -

Menurut Menteri Pendidikan lagi, tanggapan masyarakat itu amat penting di dalam memahami akan sejarah. Supaya semua boleh belajar daripada pengalaman terdahulu, baik mahupun yang buruk, dijadikan sempadan.

“Saya menggalakkan usaha wacana seperti ini diperbanyakkan lagi. Kita tidak lagi menghalang sesiapa sahaja bersuara sekarang ini. Di universiti pun kita menjemput pembangkang untuk hadir. Ini Malaysia baru, tiada sekatan lagi atau ‘elektrik dipadamkan’ apabila anda ingin berwacana” tambah beliau yang menghadiri rancangan Tularr Gab di Nu Sentral semalam. Turut hadir adalah Akhramsyah Muamar Ubaidah, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PPBM & Ahli Parlimen Setiawangsa dari Parti Keadilan Rakyat, Tuan Nik Nazmi Bin Nik Ahmad yang membincangkan topik Masih Relevenkah Parti Politik Berasaskan Bangsa & Agama ?

Video penuh ucapan Menteri Pendidikan boleh ditonton di bawah :

- Advertisement -

 

–Zam Bino

*tularr tidak mengubah sebarang fakta dari video.
**tularr mengamalkan untuk memaparkan keseluruhan rakaman untuk penilaian pembaca.
***tularr memperjuangkan prinsip Malaysia baru.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img