spot_img
spot_img

Belanjawan dan Cukai Digital

spot_img

1. Tiada mana-mana kerajaan di dunia akan membentangkan bajet yang tidak popular. Ia harus menarik minat dan sokongan rakyat kepada mereka. Secara keseluruhan, Bajet 2019 adalah baik dan munasabah. Ia tidak menjanjikan ‘bulan dan bintang’ kepada rakyat Malaysia.

2. Namun rakyat memerhati. Di dalam waktu yang singkat, cukai SST diperkenalkan untuk menggantikan GST. Keberkesanan cukai ini di dalam membantu ekonomi rakyat dan negara belum diketahui. Matawang masih lagi lemah. Ekonomi masih lagi perlahan. Projek-projek mega dihentikan.

3. Bagi kita sebagai rakyat Malaysia, untuk menjadi sebuah negara maju, rakyat harus berfikir seperti penduduk di negara maju. Di dalam bajet, kita tidak seharusnya mencari berapa habuan seumpama BRIM yang akan kita terima. Tetapi hala tuju perbelanjaan belanjawan negara untuk menaikkan ekonomi dan kesejahteraan hidup itu lebih utama. Bantuan-bantuan seperti BRIM adalah untuk jangka masa pendek dan membuatkan kita menjadi malas dan menjadi suatu budaya yang suka mengharapkan bantuan.

- Advertisement -

4. Juga kita harus memastikan yang bajet itu disalurkan sepenuhnya kepada tujuan yang sebenar. Bukan seperti yang terjadi di pentadbiran kerajaan dahulu. Banyak ketirisan yang akhirnya hanya menguntungkan kroni-kroni Menteri sahaja. Kekayaan tidak disebarkan secara rata. Rakyat tidak mendapat manfaat yang cukup dari bajet dan projek-projek yang dilaksanakan. Ini yang paling penting bagi kita sebagai rakyat Malaysia harus memastikan wang negara ini digunakan untuk kebaikan semua. Bukan hanya ingin tahu berapa ringgit ‘duit raya’ yang akan kita terima.

5. Golongan peniaga dan professional-professional khususnya dari kaum pribumi kini amat menanti akan bentuk pelaksanaan cukai baru yang akan atau mungkin diperkenalkan, iaitu Cukai DIgital. Jika dilaksanakan, kita mungkin merupakan negara ke 2 di Asia Tenggara yang akan memperkenalkan cukai ini selepas Singapura.

6. Kebaikan cukai digital ini adalah kerajaan dapat mengutip cukai dari syarikat luar negara yang menjalankan perniagaan di Malaysia. Kini, mereka masih tidak perlu membayar apa-apa cukai di atas aktiviti digital atau online. Mereka hanya membayar cukai di negara yang mereka mendaftar perniagaan mereka sahaja. Oleh itu harga dan servis mereka lebih murah di sini berbanding yang dijual oleh syarikat tempatan.

- Advertisement -

7. Sebagai contoh, syarikat membeli-belah digital dari Singapura yang ditubuhkan pada 2012, Zalora, mempunyai kesemua produk yang terdapat di kompleks membeli-belah di negara kita – ada di dalam laman web mereka. Membeli kasut jenama Adidas di www.zalora.com.my yang berharga hanya RM247 di laman web, tetapi di kompleks membeli-belah atau gudang Adidas di negara kita ianya bernilai RM520. (Anda boleh rujuk laman web tersebut).

7. Di sebabkan itu, memang tepat, kita perlukan Cukai Digital. Zalora berkembang pesat di dalam 3 tahun sahaja, dari tahun 2012 ke tahun 2015 mencecah pendapatan RM900 juta yang mempunyai pasaran di seluruh Asia. Pasaran terbesar mereka adalah tidak lain dan tidak bukan iaitu , Malaysia.

8. Faktor utama perniagaan digital amat berjaya di sini adalah kerana rakyat Malaysia gemar melayari Internet. Tidak hairan ‘e-commerce’ atau perniagaan dalam talian sangat menguntungkan di negara ini. Di dalam peratusan, Facebook menyatakan yang 80% penduduk Malaysia yang menggunakan internet, mereka mempunyai akaun Facebook. Ia membawa kepada jumlah seramai 18 juta pengguna — lebih daripada separuh penduduk Malaysia. Pengguna facebook di Malaysia juga mempunyai 1.6% lebih tinggi jumlah rakan di Facebook berbanding pengguna Facebook dari negara lain.

9. Rakyat Malaysia juga amat gemar melihat video-video dan viral-viral di Facebook. Statistik menyatakan yang rakyat Malaysia melihat hampir 159 minit menonton video di laman sosial media. Ia 55% lebih tinggi berbanding populasi dunia yang menonton iaitu setinggi 102 minit sahaja. Rakyat Malaysia lebih gemar melihat di ‘smart phone’ mereka (66 minit) berbanding di kaca tv (59 minit).

10. 94% Rakyat Malaysia menemui dan membeli produk di iklan sosial media terutamanya Facebook, dan 62% dari mereka terus membeli setelah meneliti dan mempercayai produk di dalam web tersebut. Jantina tertinggi yang membeli secara online di negara ini adalah wanita.

11. Dengan data yang begitu memberangsangkan, tidak hairan mengapa pihak kerajaan juga membuka mata untuk mendapat pulangan cukai dari aktiviti-aktiviti ini. Juga terdapat segelintir syarikat tempatan yang hebat muncul dari platform perniagaan online ini. Sebagai satu contoh ialah www.fashionvalet.com . Ini adalah yang paling berjaya di negara kita bagi syarikat digital tempatan dan mereka telah menjadi jutawan. Mereka mampu membuka butik jenama mereka sendiri di gedung membeli-belah terkemuka di Kuala Lumpur iaitu KLCC dan Pavilion hasil dari pendapatan jual beli di dalam talian. Mereka adalah usahawan muda suami isteri Melayu. Namun, seperti kebanyakan syarikat Malaysia yang lain, mereka tidak begitu besar dan belum berjaya untuk menembusi pasaran Asia Tenggara berbanding syarikat-syarikat dari Singapura seperti Zalora dan Mudah.my. Mereka masih lagi boleh digelar juara di gelanggang sendiri sahaja.

12. Jadi harapan kepada kerajaan baharu, kita mengharapkan dari pengkajian dan akan pelaksanaan cukai digital ini nanti, mungkin kerajaan hanya akan mengenakannya kepada syarikat dari luar negara sahaja yang menawarkan produk atau servis mereka di negara ini. Manakala kepada syarikat digital tempatan, kita lindungi dari cukai ini, tidak perlu lagi dikenakan cukai digital untuk membantu mereka bersaing supaya sama taraf dengan syarikat-syarikat antarabangsa yang beroperasi di negara ini. Sehinggalah mereka kukuh di pasaran serantau sama seperti pesaing-pesaing mereka, maka ketika itu mungkin boleh kita kenakan kepada syarikat tempatan ini, cukai digital.

13. Perniagaan dalam talian merupakan suatu peluang dan platform terbaik di abad ini jika kita tekankan dan membantu usahawan-usahawan pribumi. Ianya tidak melibatkan kos yang besar. Tiada hartanah yang perlu didirikan. Hanya kreativiti dan kerajinan serta keberanian untuk keluar dari pasaran tempatan ke peringkat antarabangsa. Kerajaan baru kini harus membantu dan menggalakkan industri digital. Industri digital boleh menawan dunia. pelbagai bangsa dan negara-negara lain telah membuktikannya. Kaum pribumi boleh dengan mudah menembusi pasaran dunia, menjadi berjaya. Kaum pribumi khususnya orang Melayu sangat kreatif, mereka cuma perlukan sedikit panduan dan ‘booster’ untuk bersaing. Korea juga melindungi industri mereka. Lakukan kajian dan anda dapati bagaimana Korea melindungi industri permotoran sebagai salah satu contoh. Hingga kini jenama Hyundai menjadi terkenal hingga ke pasaran Barat.

14. Apa lagi sektor lain yang boleh kita kaum pribumi menjadi juara ? Semuanya telah dimonopoli dan dikuasai dari pembekal hinggalah ke peniaga oleh kaum-kaum lain. Pembinaan, pertanian, perikanan, kenderaan, peguam, akauntan, doktor, dan banyak lagi semuanya di kuasai oleh kaum bukan pribumi. Sektor digital yang tiada sempadan dan tiada monopoli di abad ini mampu menjadikan kaum pribumi lebih berjaya. Ramai lagi syarikat dan ‘hero-hero’ digital pribumi yang tidak didendang di sini. Inilah masanya kerajaan baru untuk membantu mereka. Golongan professional dan usahawan-usahawan pribumi di dalam sektor ini amat mengharapkannya.

“Juga bermula dari talian..”

Razz
President
Malaysian Professional of Association (MPA)

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img