spot_img
spot_img

Program Sumbangan ASNAF

spot_img

KUALA LUMPUR – Sebagai melaksanakan khidmat tanggungjawab sosial dan meringankan beban golongan asnaf dan memerlukan, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Bahagian Batu mengambil inisiatif mengadakan Program Penyampaian Sumbangan Barangan Asas Kepada Asnaf 2018.

Ketua BERSATU Bahagian Batu, Kapt. (B) Muhammad Suhaimi Yahya berkata, program tersebut diadakan selama dua hari.

“Ramai rakyat dalam Parlimen Batu terdiri daripada rakyat berpendapatan rendah, iaitu B40 dan ke bawah.

- Advertisement -

“Harapan kita adalah untuk membela nasib dan mengurangkan kepayahan penduduk di kawasan parlimen ini,” katanya ketika ditemui di pejabat BERSATU Bahagian Batu.

Penerima yang terdiri daripada golongan asnaf pelbagai latar belakang menerima bantuan keperluan asas seperti beras, minyak masak dan gula.

Seorang penerima, Zaleha Yusof mengucapkan kesyukuran dan berterima kasih dengan pemberian tersebut.

- Advertisement -

“Dapat bantuan seperti ini saya sangat bersyukur, Alhamdulillah,” ujarnya.

Seorang lagi penerima, Suzana Abdullah pula berkata, dia berharap program seperti itu akan diteruskan lagi kerana dapat membantu meringankan beban harian, lebih-lebih lagi bagi seorang suri rumah sepenuh masa.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img