Tanya kembali kepada anak muda pada masa kini. Apa tu “Gotong” dan apa pula “Royong”?
Ramai antara kita yang suka bekerja, demi mencari sesuap nasi dan menyara kehidupan keluarga. Tapi ramai kah yang mampu “bersama” dalam semua perkara? Kerana istilah bersama ini tidak ada bayaran untuk melakukanya.
Ini yang digelar orang putih “teamwork”. Dan sebagai bangsa Malaysia “teamwork” ini sudah lama terpahat didalam hati kita dan sebab itulah wujudnya perkataan “Gotong-Royong” yakni “Bekerja Bersama”.
Memang tiada ganjaran atas perbuatan ikhlas. Hanya tuhan yang layak membalas. Tapi bagi Razzrul Anwar Rusli, “gotong-royong” pasti ada balasan nya. Beliau selaku Timbalan Ketua Bahagian PPBM (BERSATU) Johor Bahru menegaskan bahawa usaha ini menjadi bukti bahawa komuniti yang kita bina di Johor Bharu bukan komuniti yang sendiri-sendiri bekerja.
Kita adalah komuniti pasukan yang sentiasa bersama walau pekerjaan kita berbeza. Inilah ASPIRASI Razzrul Anwar!
Katanya lagi, PPBM Johor Bharu memandang gotong royong sebagai bata yang merah dan akhirnya menjadi sebuah istana yang indah. Andai kita seorang ini adalah bata, kalau kita bersama akan menjadi sebuah kubu yang teguh lagi utuh.
Gotong Royong bukan agenda
Tetapi menjadi agent kepada penyatuan RAKYAT.
Acara ini juga dirasmikan oleh YB Aminolhuda Hassan, Exco Agama & Pendidikan Negeri Johor serta dihadiri beberapa pemimpinan tempatan yang lain.