spot_img
spot_img

Aktor veteran Burt Reynolds meninggal dunia

spot_img

LOS ANGELES: Pelakon veteran Amerika Syarikat, Burt Reynolds yang popular menerusi filem ‘Deliverance’ dan ‘Boogie Nights’ meninggal dunia semalam, kata seorang pengurus publisiti.

Aktor berusia 82 tahun yang mula melakar nama di pentas lakonan pada 1970an meninggal dunia di sebuah hospital di Florida, kata pengurusnya, Erik Kritzer kepada Hollywood Reporter.

Sepanjang enam dekad bergelar anak seni, Reynolds pernah menerima pencalonan Oscar untuk watak sebagai pengarah filem porno Jack Horner dalam filem “Boogie Nights” pada 1997.

- Advertisement -

Tahun lalu, Reynolds menerima kritikan positif dan membanggakan menerusi penampilan beliau dalam filem indie berjudul ‘The Last Movie Star’.

–AFP

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img