Dr. Ariffin Yahaya, 53, merupakan satu-satunya warganegara Malaysia yang pernah memegang jawatan terpenting itu di Ibu Pejabat Yahoo, Sunnyvale, California.

Dalam seminarnya yang berlangsung di Menara Berkembar Petronas di sini hari ini, beliau berkata, sebagai sebuah nama besar dalam dunia teknologi Internet, Yahoo telah melahirkan ramai individu hebat yang berjaya memacu pelbagai syarikat besar lain seperti Google, WhatsApp dan Facebook.

- Advertisement -

Justeru, tegasnya, melalui perkongsian berkenaan, pemain industri di Malaysia boleh mengambil peluang dengan mencontohi serta memahami cara urus tadbir syarikat-syarikat terbabit.

“Dari segi kemanusiaan, cara kerja di Yahoo mereka mementingkan kebanggaan terhadap sesuatu hasil kerja. Mereka tidak terlalu memikirkan mengenai nilai yang dibayar terhadap apa yang dihasilkan.

“Sebaliknya, apa yang utama kepada mereka adakah produk itu berguna kepada masyarakat. Nilai itu masih belum ada di negara kita,” katanya ketika ditemui hari ini.

- Advertisement -

— UTUSAN ONLINE