spot_img
spot_img

Pemimpin Mahu Pergi Lebih Jauh, Akhbar Terkenang Yang Lalu

spot_img

1. Akhbar Utusan Malaysia hingga sekarang masih meletakkan ‘stickey’ artikel berkenaan komen mantan Perdana Menteri Najib berkenaan *”Teruskan projek pengangkutan awam bukan kereta nasional baharu”* , setelah Perdana Menteri Tun Mahathir memberi cadangan kemungkinan akan membuat Kereta Nasional ke 2 selepas Proton, yang kini dimiliki oleh syarikat Geely dari China yang menguasai syarikat Proton sebanyak 49.9%. Pemilikan saham itu diluluskan pada tahun 2017 oleh pentadbiran Datuk Seri Najib.

2. Saban hari kita melihat akhbar Utusan Malaysia sejak pertukaran kerajaan baru, seperti ingin menjadi akhbar Sinar Harian yang berada di “tengah-tengah” di dalam melaporkan sesuatu berita. Berkecuali. Tidak memihak kepada pembangkang ataupun kerajaan. Seolah-olah Utusan Malaysia berasa janggal untuk menerima perubahan kerajaan yang berlaku di negara kita. Sebelum Pakatan Harapan menang, Utusan Malaysia amatlah berat sebelah di dalam melaporkan berita mereka. Kini mereka melaporkan kedua-dua belah pihak. Inilah jasa Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohammad kepada negara sekali lagi, tetapi di dalam bidang penyiaran dan kewartawanan pula. Untuk negara kita lebih maju, akhbar dan media hendaklah bebas melapor. Tetapi harus yang bertanggungjawab. Tidak dapat dibayangkan jika BN masih berkuasa, laporan-laporan berita ‘sampah’ pasti kekal dihidangkan kepada kita.

3. Perdana Menteri Tun Mahathir amat terkenal dengan wawasan dan berfikiran jauh. Ada yang berkata ; “kita nampak bukit itu sebuah sahaja, tetapi Tun Mahathir nampak bukit itu ada 7 buah”. Ini kata-kata dari orang-orang yang berbangsa Cina di Malaysia.

- Advertisement -

4.* PROTON* (singkatan untuk *Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd*) yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit, merupakan pengeluar kereta pertama Malaysia. Penubuhannya merupakan gagasan Tun Dr. Mahathir bin Mohamad, Perdana Menteri ketika itu dan kini, untuk mencapai aspirasi negara menuju ke arah *perindustrian*. Tugas berat ini disokong oleh Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (HICOM), serta rakan-rakan usaha sama dari seberang laut. Pemegang saham terdiri daripada;

  • Perbadanan Industri Berat Malaysia Berhad (70%)
  • Mitsubishi Motors Corporation, Jepun (15%)
  • Mitsubishi Corporation, Jepun (15%)

5. Tun Mahathir selalu menekankan kepentingan Rakyat Malaysia untuk belajar berkenaan kepakaran teknologi, peluang pekerjaan mahir, pembangunan tenaga mahir , melahirkan vendor-vendor tempatan terutamanya vendor Melayu di dalam bidang automotif.

6. Amat jarang Tun mahathir bercerita berkenaan keuntungan Proton. Ini kerana matlamat utama adalah pembangunan negara dan kemajuan ‘skill’ rakyat supaya sama taraf seperti negara maju. Pemikiran ini juga boleh dikatakan ‘kelemahan di dalam kekuatan’ Tun Mahathir kerana visi dan wawasannya yang sering tidak dapat dicapai oleh kebanyakan rakyat Malaysia terutamanya orang-orang Melayu. Tun Mahathir amat berfikiran ke hadapan. Lihat sahaja jambatan Pulau Pinang, hingga sesak kini ada jambatan ke dua yang menghubungkan pulau dan tanah besar iaitu Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Projek Lebuh raya Utara Selatan (PLUS) dikatakan membazir. Lihat betapa besar jasanya lebuh raya ini di hari perayaan sahaja, hingga sesak. Ya kita minta kerajaan besarkan ke tiga atau empat landasan kerana dua landasan sudah tidak mampu untuk menampung jumlah kenderaan yang ada kini. Tanpa KLCC Twin Towers juga , tidak berlipat ganda dan rancak nilai hartanah di sekitar Lembah Klang. Apa sahaja yang berdekatan KLCC atau pun ‘view’ KLCC, pastinya harga mahal. Tak perlulah lagi dikatakan lain-lain projek ‘mega’ yang amat menguntungkan kita hingga hari ini.

- Advertisement -

7. Pentadbiran Najib menjual PROTON kerana tiada keuntungan, bebanan liabiliti industri automotif kepada kerajaan , dan banyak faktor lain yang jika kita hurai disini , mempengaruhi kenapa Najib memberi jual saham identiti kereta nasional itu kepada negara China. Pentadbiran Najib inginkan keuntungan wang yang segera.

8. Kenyataan Perdana Menteri Tun Dr mahathir Mohammad yang berkemungkinan untuk melahirkan perusahaan automobil ke dua nasional, nampak jelas sekali lagi yang beliau tidak pernah penat untuk membawa kemajuan dan wawasan. PROTON bukan lagi sepenuhnya milik kita. Pastinya pemilik baru akan mementingkan kos produktif mereka untuk memaksimakan keuntungan, daripada menaikkan kepakaran rakyat tempatan.

9. Paling bernilai adalah Kilang Proton itu sendiri yang terletak di Tanjung Malim. Nilai pada hari ia dirasmikan pada 26 februari 2005 adalah berharga RM1.8 billion. Ia dibina di atas kawasan seluas 517 hektar. Ini juga secara tidak langsung merupakan suatu wawasan untuk lokasi kilang PROTON itu sendiri iaitu Tanjung Malim bagi menghasilkan Bandar Raya Proton yang meliputi kawasan seluas 4,000 ekar dan terdiri daripada kawasan perumahan, komersial, institusi, industri dan rekreasi.

10. Inilah sebenarnya hasil sumbangan lebih besar PROTON ataupun industri automotif nasional ini kepada negara. Bukan menjual kenderaan semata-mata. Ia adalah kemegahan negara. Ia adalah penentu tahap kemajuan sesuatu bangsa negara. Mana lagi negara membangun yang mempunyai dan menghasilkan kenderaan sendiri ? Malaysia adalah negara membangun maju yang menjadi pelopor di dalam industri ini.

11. Tidak megahkah rakyat Jepun, ke mana sahaja mereka pergi di dunia ini, HONDA, TOYOTA, DIAHATSU dan banyak lagi ‘duta’ negara mereka ada di serata pelosok dunia. Inilah yang negara kita perlukan. Jati diri kekuatan kebanggaan nasional perlu dinaikkan semula supaya kita duduk sama rendah dan lebih tinggi berdiri berbanding negara-negara lain.

12. Kita perlu menyokong inisiatif ini. Arah tuju ini. Negara kita perlukan wawasan baru. Perlu ke arah destinasi baru. Hampir 20 tahun kita tersasar dari menjadi negara maju kerana nakhoda yang kurang mahir. Kini malaysia perlukan suntikan baru yang boleh kita bangga sekali lagi. Slogan Malaysia BOLEH bukan sahaja untuk sukan, tetapi diguna pakai di dalam semua aspek perjuangan di dalam membangunkan negara tercinta ini.

13. Jadi amatlah diharapkan supaya akhbar, media massa negara sekarang ini harus memainkan peranan yang selari dengan kebaikan yang dibawa oleh kepimpinan kerajaan sekarang. Bukan lagi membawa politik lama yang masih menganggap Kerajaan Pakatan Harapan adalah pembangkang . Ia bukan Kerajaan Pakatan Harapan. Mereka adalah Kerajaan Malaysia. Pembangkang Malaysia adalah Barisan Nasional.

14. Janganlah melaporkan sangat rebutan jawatan dari ‘parti lama’ itu hingga bermuka-muka surat besar . Sudah muak kita lihat. Sudahlah berpolitik. Masa untuk bina semula negara. Marilah bersama-sama dengan Kerajaan Malaysia untuk membawa negara kembali dihormati di pentas dunia.

*p/s : kembalikan juga sukan permotoran Formula 1 di Malaysia semula. *

-Razz-

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img