spot_img
spot_img

Saya tak terbabit seleweng dana PTPTN – Dr Idris

spot_img

PETALING JAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok, Dr Idris Ahmad menafikan dirinya terbabit kes penyelewengan dana pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) membabitkan Kolej Vision Kelana Jaya (Kolej Vision) seperti viral di media sosial sejak beberapa hari lalu.

Beliau percaya penularan cerita itu mempunyai agenda tersembunyi di sebalik pencalonannya sebagai Menteri Besar Selangor, sekali gus menjejaskan reputasinya sebagai wakil rakyat serta doktor pakar sakit puan.

“Saya percaya dakwaan tidak berasas ini berniat jahat dan dibuat untuk menjejaskan nama baik dan reputasi saya sebagai wakil rakyat serta doktor sakit puan.

- Advertisement -

“Hasil semakan dengan pihak pengurusan Kolej Vision, saya difahamkan kolej ini tidak pernah ada masalah, apatah lagi salah laku berkaitan PTPTN atau Kementerian Pendidikan Tinggi sejak dibuka pada Julai 2005,” katanya pada sidang media di rumahnya di sini, hari ini.

Hadir sama, Pengarah Kolej Vision, Datuk Lee Wee Loong.

Dr Idris yang juga Ahli Lembaga Pengarah Kolej Vision dan mempunyai 35 peratus pegangan saham berkata, berita yang viral itu hanya diketahuinya pada jam 3 petang kelmarin melalui Facebook dan aplikasi WhatsApp.

- Advertisement -

“Ini dakwaan serius dan saya sudah membuat laporan di Balai Polis Kota Damansara sekitar jam 7 malam semalam.

“Saya akan mengambil tindakan sewajarnya demi membersihkan nama serta menghentikan sama sekali perbuatan fitnah ini,” katanya.

Mengulas lanjut, Dr Idris berkata, beliau tidak pernah mencampuri pengurusan kolej atau menyeleweng wang pelajar.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img