Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) dan PKR itu berkata buat ketika ini, adalah tidak praktikal untuk beliau berbuat demikian memandangkan Wan Azizah yang baru memegang jawatan kedua tertinggi dalam pentadbiran kerajaan itu perlu berundur diri lebih awal sekiranya bagi memberi laluan kepadanya.
Tambahan, beliau berkata selepas dibebaskan dari penjara baru-baru ini, beliau lebih selesa untuk menjadi sebagai ‘backbencher’ (penyokong kerajaan).
“Bebas. Saya nak pergi round dulu, saya ada komitmen, mengajar dan kuliah, banyak di beberapa universiti, dalam dan luar negara.
“Malah, saya pun belum ada pengalaman menjadi ahli Parlimen biasa. Sebelum ini, saya pernah memegang beberapa jawatan menteri dan pemimpin pembangkang jadi sekarang saya mahu jadi ‘backbencher’,” katanya kepada pemberita selepas memberi taklimat kepada wakil rakyat PKR di sini.