spot_img
spot_img

ECRL : Jangan Gadaikan Bumi Kita

spot_img

Keputusan kerajaan untuk membuat kajian terhadap projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) perlu juga meliputi kesan daripada projek infrastruktur melibatkan kos berbilion ringgit itu terhadap alam sekitar.

Presiden Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA) Puan Sri Shariffa Sabrina Syed Akil berkata penilaian itu penting, terutama bagi memahami tentang kesan daripada pelaksanaan projek itu terhadap alam sekitar.

“Kerajaan perlu menimbang aspek alam sekitar kerana kita tidak dapat membeli hutan hujan dan hidupan liar kita yang amat berharga itu dengan wang ringgit, jumlah kerosakan yang mungkin berpunca daripada projek ini juga perlu dikaji.

- Advertisement -

“Bagi pihak PEKA, kami sentiasa tekal dengan pandangan bahawa projek itu perlu dibatalkan kerana kami percaya projek mega ini akan memberi kesan negatif terhadap ekosistem” katanya kepada pemberita di majlis jamuan malam bagi memungut derma untuk rakyat Syria di ibunegara malam tadi.

Semalam, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan kerajaan akan membuat keputusan sama ada projek ECRL akan ditangguh atau dibatalkan setelah membuat kajian tentang projek itu.

Menurut Dr Mahathir, kerajaan juga akan mengadakan rundingan bagi memastikan ia tidak perlu membelanjakan terlalu banyak wang bagi ECRL kerana negara tidak mampu berbuat demikian.

- Advertisement -

Shariffa berkata selain faktor alam sekitar, Malaysia juga akan menanggung lebih banyak beban dari segi kewangan kerana ECRL dijangka melibatkan kos lebih besar daripada jumlah permulaan sebanyak RM55 bilion.

“Kita perlu memandang ke arah masa depan, adalah lebih baik bagi kerajaan berunding dengan China serta mengadakan perbincangan tentang ganti rugi, daripada meneruskan projek itu,” kata beliau.

– Bernama

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img