spot_img
spot_img

RASUAH : Mati Adalah Wajar

spot_img

Ketakutan utama saya apabila menjadi seorang pemimpin adalah saya berhadapan dengan sebuah “budaya” yang cukup sinonim didalam mana mana kerajaan didunia.
Budaya yang sekian lama diamalkan dengan pelbagai nama serperti ‘wang kopi’, ‘encountered payment’ , ‘wang pelincir’ atau apa jua yang masyarakat kita namakan.

Inilah RASUAH.

HIGH SPEED RAIL – HSR adalah sebuah kerjasama Malaysia- Singapura dalam mewujudkan sebuah kereta api laju pertama di Malaysia. Anda boleh bayangkan dalam masa 3 jam, anda sudah boleh sampai ke Johor Bharu atau Singapura hanya menggunakan sebuah “public transport”. Ini amat mengagumkan. Ia seperti anda membawa kereta BMW dan tekan pedal minyak 180km/sejam. Pasti semua orang teruja dan amat berbangga sebab ‘kita ada’.

- Advertisement -

Kos yang bakal ditelan bagi projek sejauh 350KM ini adalah sebanyak RM 110bil, bukan satu jumlah yang sedikit apabila dibandingkan dengan ECRL, sebuah landasan kereta api laju yang juga bakal dilakukan ke pantai timur namun belanja nya hanya RM 55bil bagi 688KM. Landasan yang lebih panjang, tetapi kos nya hanya separuh dari HSR. Something fishy right? Meskipun hujah nya adalah landasan ini melibatkan Singapura, kerana itu kosnya tinggi, tetapi tahukah anda 90% landasan tersebut adalah di MALAYSIA. 10% hanya di singapura dan tiba-tiba kos menjadi dua kali ganda? Terlalu “fishy”!!

Inj yang saya takut. Kerana pada kiraan asal pemerintah, ini sepatutnya menjadi kebanggaan dan kemudahan untuk rakyat. Tetapi rakyat yang semakin pintar sudah mula mengkaji selok belok ekonomi. Maka munculah Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong di bumi Malaysia meskipun sepatutnya Tun M yang perlu terbang ke Singapura kerana kita yang mahu menamatkan projek MEGA ini.

KENAPA MR LEE DATANG?

Singapore’s Prime Minister Lee Hsien Loong walks with Malaysia’s Prime Minister Mahathir Mohamad prior to their private meeting at the Perdana Leadership Foundation in Putrajaya, Malaysia May 19, 2018. Department of Information/Krish Balakrishnan via REUTERS ATTENTION EDITORS – THIS IMAGE WAS PROVIDED BY A THIRD PARTY. NO RESALES. NO ARCHIVES.
- Advertisement -

Tujuannya adalah satu, untuk berbincang soal HSR. Sesi pujuk memujuk bermula tetapi KERAJAAN kita tetap tegas. IT’ S A NO. Jelas ia adalah sebuah projek yang berat sebelah dan Tun M jelas terhadap perkara ini.

Kehilangan 500 Juta lebih baik dari mudarat kehilangan 110 BILLION.

Bagaimana ini boleh dilihat oleh saya sebagai adanya bibit bibit rasuah? Sebuah negara yang bebas rasuah dan kekuatan ekonomi hanya dibelakang London dan New York, sanggup bekerjasama dalam membuat sebuah projek mega bersama negara Malaysia yang pada masa yang sama sebuah skandal kewangan yang besar sedang melanda Malaysia ketika itu. Ini bukan langkah yang bijak. Sebab itu, naik nya Tun M menjadi PM7,  PM Singapura antara orang terawal yang datang berunding.

SPEKULASI? LOGIKNYA ADA.

Disini saya kepilkan beberapa cerita negara yang MIRIP dengan situasi ini. Projek tersebut berjalan tetapi USELESS.

1. Jambatan Marica, Rio de Jeneiro.

Jambatan ini memang cantik, kos nya adalah sekitar 5Juta Usd sahaja. Majlis pembukaan jambatan tersebut menelan belanja 80 Ribu Usd. Tapi tahukah anda, penduduk sekitar negeri tersebut hanya berpendapatan kasar sebanyak 700 Usd! Beli kereta pun tidak mampu, banyak yang berjalan kaki, JAMBATAN itu untuk apa?

Cuba google. Mirip sangat kan?

2. Salermo-Reggio Calabria Motorway, Italy

Dibina tahun 1929, dan tak pernah siap! Menelan belanja sebanyak 12 Billion Usd selama 15 tahun. 3000 orang mati diatas jalan disebabkan kelemahan penyelenggaraan. Dan akhirnya, sebuah projek yang terbengkalai.

MIRIP TAK?

Yang saya ingin tekankan, Rasuah ini terlalu kuat untuk Manusia. Kita tidak tahu bila tiba masa kita. Tetapi yang boleh kita pegang sebagai islam atau apa pun agama di dunia, ia memang dilarang.

Surah Al Baqarah : 188
Tafsirnya: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan janganlah kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).”

Hadis Nabi Muhammad SAW
Ertinya : “Rasulullah S.A.W telah melaknat pemberi rasuah dan penerima rasuah dalam penetapan keputusan (pemerintahan, pentadbiran, kehakiman dan lain-lain)”
( Riwayat At-Tirmidzi, 3/622 : Imam Tirmidzi berkata : Hadis Hasan Sohih) .

Ia jelas, apabila ia dilarang maka pasti ada masalah akan berlaku apabila kita lakukan.

SOLUSI SAYA?

Undang- undang FUNGSI nya adalah MEMBERI PENGAJARAN dan MENDIDIK.
saya percaya apabila ia tidak mampu memenuhi 2 elemen tersebut, undang undang itu GAGAL.

Bukan komunis, tetapi undang undang Beijing ada baiknya. Kes rasuah melibatkan jutaan ringgit, wajar dikenakan HUKUMAN MATI. Alasan nya mudah, “Duit Boleh Cari, Nyawa Tiada Dua”

Sebagai Ahli Politik dalam cerita tamil pon pasti takut apabila tahu, kalau aku kantoi nanti pasti aku MATI.

MATI Dan MALU- Penuh pengajaran, apetah lagi dalam mendidik. Pasti Mampu.

Akhirnya, pembatalan projek mega ini bukan sahaja melegakan Rakyat Malaysia, Rakyat Singapura pun berterima kasih. Sebab apa? Pandailah anda membaca berita.

Nukilan Ringkas
PPBM Sejati

RAZZ

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img