spot_img
spot_img

‘Eh, saya tak marahlah’

spot_img

KUALA LUMPUR: Pelakon, Elfira Loy, 24, menafikan tindakannya memuat naik kenyataan di laman Twitter, Jumaat lalu, berpunca daripada rasa marah kepada wartawan.

Elfira memberitahu, dia hanya memberi teguran atas suatu insiden, baru-baru ini di mana perbualan bersama media yang difikirkan sekadar ‘sembang-sembang’, dirakam tanpa disedari.

“Saya tak marah… Cuma kalau kita bersembang, cara perbualan kita lain. Jika untuk dirakam pula, cara penyampaian kita berbeza. Ini kerana kalau dirakam, kita akan bercakap dengan cara yang lebih sesuai,” katanya kepada BH Online.

- Advertisement -

Elfira berkata, sebagai artis, dia belajar cara untuk berinteraksi sama ada di hadapan kamera atau ditemuramah wartawan media cetak.

“Saya tahu jika di hadapan kamera, kita harus bercakap mengikut cara tertentu. Jika ditemuramah media cetak, kita akan lebih santai dan bercakap seperti kawan.

“Namun, apabila dirakam video dengan muka tidak bersedia, itu pula yang dipaparkan,” katanya.

- Advertisement -

Mengaku tidak selesa apabila visual dirinya dirakam dalam keadaan tidak bersedia, Elfira bagaimanapun tidak memarahi individu terbabit, jauh sekali berkongsi emosi di laman sosial.

“Tiada isu pun… Cuma saya tak suka lihat diri dirakam seperti orang yang tidak tahu bercakap di hadapan kamera. Saya tak marah, cuma terkejut melihat muka saya seperti itu,” katanya.

Tambah Elfira, dia suka membalas komen diberi pengikut di laman sosial.

“Siapa yang selalu mengikuti saya, mereka tahu saya suka membalas komen terutama di Instagram,” katanya.

Rajin membalas mesej langsung (DM) yang dilayang pengikut di Instagram, Elfira bagaimanapun menjelaskan, hanya mesej positif dan membabitkan persoalan mengenai produk dilayan.

Semalam, Elfira dikerumuni wartawan bagi mendapatkan perkembangan terbaru dirinya, ketika bekas tunang Sufian Suhaimi itu hadir pada majlis pratonton program Syawal Astro 2018 di ibu negara.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img