spot_img
spot_img

Dr Mahathir melantik penasihat kewangan mendapatkan semula wang 1MDB

spot_img

Kerajaan pimpinan Tun Dr Mahathir mengumumkan penubuhan majlis penasihat yang akan berperanan menasihat kerajaan. Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengumumkan lima individu yang akan menganggotai majlis itu.

Mereka adalah bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin, bekas gabenor Bank Negara Malaysia Tan Sri Zeti Akhtar Aziz, bekas Presiden Petronas Tan Sri Hasan Merican, hartawan Tan Sri Robert Kuok dan pakar ekonomi Jomo Kwame Sundaram.

Portal berita antarabangsa Reuters melaporkan menurut sumber, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir merancang melantik seorang penasihat kementerian kewangan yang akan mengawasi usaha untuk mendapatkan semula berbilion ringgit yang didakwa dicuri dari dana kerajaan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

- Advertisement -

Penasihat itu akan dilantik untuk “memulakan semula siasatan 1MDB dan membawa balik wang itu”, kata seorang sumber Reuters, yang bekerja rapat dengan pasukan kempen Mahathir.

 Sekurang-kurangnya enam negara, termasuk Amerika Syarikat, menyiasat dakwaan penyelewengan lebih daripada AS4.5 bilion dari 1MDB, yang diasaskan oleh bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Jabatan Kehakiman AS telah melancarkan satu siasatan jenayah dan memfailkan tuntutan sivil yang cuba mendapatkan semula berbilion aset yang dikatakan telah dibeli dengan dana 1MDB yang dicuri.

Seorang ahli parlimen memberitahu Reuters, Malaysia akan menghubungi pihak berkuasa AS yang menyiasat kes itu.

- Advertisement -

Skandal itu tertumpu kepada Najib sejak tahun 2015 selepas laporan bahawa kira-kira AS$700 juta dana 1MDB mengalir masuk ke akaun peribadinya.

Najib menafikan salah laku dan peguam negara Malaysia Tan Sri Apandi Ali telah membersihkannya daripada apa-apa kesalahan, dengan mengatakan dana itu adalah derma sah dari keluarga diraja Saudi.

Bagaimanapun, Dr Mahathir telah bersumpah untuk menyiasat skandal 1MDB jika dipilih dan membawa balik dana hilang ke Malaysia.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img