spot_img
spot_img

Rindu bukan untuk Zizan

spot_img

KUALA LUMPUR: Pelakon dan pengacara, Mira Filzah menegaskan, status ‘rindu’ yang dikongsi menerusi Insta Story tempoh hari tidak ditujukan kepada Zizan Razak.

Katanya, ia dikongsi secara umum dan bukan hanya pelakon Polis Evo itu, sebaliknya ramai lagi pengikutnya di laman sosial, Instagram yang membalas status terbabit dalam pelbagai bentuk gurauan.

“Status yang saya kongsi itu bersifat umum dan tidak meletakkan nama sesiapa, mahupun ditujukan kepada individu tertentu.

- Advertisement -

“Ramai juga yang membalasnya dengan kata-kata lucu. Soal Zizan yang dikatakan membalas status saya di laman sosialnya, saya tak boleh komen,” katanya ketika ditemui pada pertunjukan fesyen Ariani, di sini, semalam.

Terdahulu, laman Instagram kedua-dua selebriti popular ini mencuri tumpuan apabila Mira memuat naik status memohon supaya tiada siapa akan merinduinya.

Difahamkan, status itu dimuat naik ketika pengacara Nona itu mahu berlepas ke Perth, Australia bagi menjalani penggambaran sebuah drama. Tidak lama selepas itu, Zizan seakan memberi balasan dengan mengakui, akan merinduinya.

- Advertisement -

Sebelum ini, pasangan yang dikatakan mempunyai hubungan istimewa itu enggan memberi sebarang pengesahan sama ada antara mereka lebih daripada kawan biasa.

Ditanya mengenai perkara itu, Mira, 25, berkata setakat ini dia dan Zizan masih berkawan seperti biasa dan dia selesa dengan jejaka yang disifatkannya sebagai lelaki yang baik.

“Tiada apa-apa yang mahu diumumkan mengenai hubungan saya dengan sesiapa memandangkan fokus utama saya kini adalah kerja,” katanya yang pulang sehari ke ibu kota bagi menghadiri pertunjukan fesyen terbabit.

Mira seterusnya ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk kembali semula ke bumi Kangaroo itu bagi menyambung tugasan yang masih berbaki dua minggu lagi.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img