spot_img
spot_img

Sandra gilap semula nama

spot_img

KUALA LUMPUR: Biarpun percubaan kedua menampilkan kelainan dengan lagu balada tidak membuahkan hasil diharapkan, pendirian Sandra, 24, untuk merakamkan karya matang masih tidak berubah.

Pernah popular dengan lagu Hey Kau!, Sandra atau nama lengkapnya, Alessandra Dianne Ampuria berkata, keinginan untuk tampil dengan karya yang menyerlahkan kemampuan sebenar vokalnya tidak pernah pudar.

“Saya akur apabila peminat masih belum bersedia menerima perubahan yang cuba dibawa menerusi Aku Dan Kekasih. Mereka mahu saya kekal dengan genre pop seperti dibawakan dalam Hanya Kau!.

- Advertisement -

“Memang sedih apabila lagu terbaru tidak mendaki carta, tambahan pula saya menaruh harapan Aku Dan Kekasih akan membawa sinar baharu dalam kerjaya. Mungkin peminat terkejut apabila saya tiba-tiba beralih genre,” katanya.

Sandra berkata, buat sementara waktu, dia memilih untuk tidak merakamkan lagu balada, tetapi akan membawakan semula genre itu apabila tiba masanya.

“Sebagai penyanyi, sudah tentu saya mahu mempelbagaikan pilihan lagu untuk menonjolkan sisi berbeza. Balada antara genre lagu yang saya minati, tetapi mungkin peminat melihat saya kurang sesuai menyanyikannya.

- Advertisement -

“Saya masih muda, jadi mereka mahu saya tampil dengan lagu bersesuaian usia. Tidak mengapa, sampai masa nanti, saya akan pastikan impian ini menjadi kenyataan,” katanya.

Tidak berputus asa mengetengahkan karya baharu, Sandra akan melancarkan single, Terkemuka, menampilkan Ben Zulu dan Zizi Kirana.

Kata Sandra, dia yakin kemunculan terbarunya itu akan menggilap semula namanya yang hampir tenggelam, terutama apabila mendapat sentuhan komposer terkenal, Malique (Too Phat).

“Semestinya saya tidak akan berputus asa dan akan terus mencari apa yang peminat mahu dengar. Saya yakin Terkemuka memenuhi permintaan mereka yang gemarkan lagu yang segar dan berjiwa muda,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Sandra turut tampil dalam lagu Salima, duet dengan penyanyi baharu, Ryan Deedat.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img