spot_img
spot_img

Bekas Model Playboy mengaku cintakan Trump

spot_img

WASHINGTON : Bekas model majalah Playboy, Karen McDougal yang mendakwa menjalin hubungan selama 10 bulan bersama Presiden Donald Trump bermula tahun 2006 mengaku kepada CNN bahawa beliau mencintai lelaki itu sepenuh hati.

Menerusi wawancara dalam rancangan Anderson Cooper 360 yang ditayangkan semalam, McDougal mendakwa Trump juga mencintai dirinya malah sering mengungkapkan kata-kata cinta.

“Setiap waktu. Beliau sering mengucapkan kata-kata cinta kepada saya,” katanya.

- Advertisement -

Wanita itu juga tidak menolak kemungkinan hubungan itu akan berakhir dengan perkahwinan.

Rumah Putih sebelum ini menafikan Trump memiliki sebarang hubungan dengan McDougal.

Wawancara bersama CNN itu adalah yang pertama buat bekas model berkenaan sejak memfailkan saman ke atas Amerika Media Inc selaku pemilik The National Enquirer, awal minggu ini bagi membatalkan perjanjian untuk siaran eksklusif berita perhubungannya bersama Trump.

- Advertisement -

Majalah New Yorker pada Februari lalu melaporkan bahawa Trump menjalin hubungan bersama McDougal pada waktu yang sama ketika masih bercinta dengan seorang pelakon filem lucah.

Serentak dengan itu, model berkenaan menerima bayaran berjumlah AS$150,000 dari majalah National Enquirer untuk tidak mendedahkan perkara itu kepada umum. – Reuters

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img