spot_img
spot_img

Ringgit mengukuh

spot_img

KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan momentum menaik apabila dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini, susulan sentimen positif yang menyokong pasaran, kata peniaga.

Pada jam 9.00 pagi, ringgit berada pada 3.9270/9300 berbanding dolar AS daripada 3.9330/9370 penutup Isnin.

Ketua Dagangan Asia Pasifik Oanda Corp, Stephen Innes, berkata peningkatan sentimen risiko global selepas Senat AS menamatkan penutupan kerajaan, selain pengukuhan harga minyak, memberi kesan positif terhadap ringgit hari ini.

- Advertisement -

“Cakap-cakap OPEC dan Russia akan menyambung dasar pengeluaran selepas 2018, mencadangkan harga minyak lebih tinggi dan lebih berpanjangan,” katanya.

Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakannya lebih kukuh berbanding mata wang utama lain, kecuali pound British.

Ia mengukuh berbanding euro kepada 4.8165/8213 daripada 4.8179/8232 dan menokok berbanding dolar Singapura kepada 2.9788/9822 daripada 2.9809/9848.

- Advertisement -

Ringgit menokok berbanding yen kepada 3.5394/5431 daripada 3.5522/5565, namun susut berbanding pound British kepada 5.4923/4969 daripada 5.4653/4724 . – BERNAMA

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img