spot_img
spot_img

Kane Sandaran Englad Piala Dunia 2018

spot_img

LONDON: England mempertaruhkan peledak prolifik Tottenham Hotspur, Harry Kane untuk membawa mereka ke pusingan akhir Piala Dunia apabila bertemu Slovenia dalam aksi kelayakan kedua terakhir esok.

Selepas prestasi hambar pada Ogos, Kane, 24, kembali menemui rentak pada bulan berikutnya apabila meledak 13 gol dalam lapan perlawanan untuk kelab dan negara.

Kemenangan ke atas Slovenia di Wembley akan mengesahkan tiket ke Piala Dunia di Russia tahun depan dan dengan Kane begitu efektif di hadapan gawang, keyakinan rakan sepasukan turut memuncak.

- Advertisement -

“Dia menjaringkan sebanyak pemain yang sering kita kaitkan sebagai berkelas dunia dan dia melakukannya saban musim,” kata penjaga gol Joe Hart.

“Harry layak berada dalam kelompok itu. Dia mempunyai (Mauricio) Pochettino, salah seorang pengendali terbaik di dunia, yang memberi sepenuh kepercayaan kepadanya.

“Dia begitu hebat dengan apa yang dilakukannya. Dia berterusan menjaringkan gol dan anda tidak boleh meminta lebih daripada itu. Harap ia sentiasa begitu di dalam jersi England.”

- Advertisement -

Sejak Kane kembali ke persada antarabangsa hujung musim lalu berikutan siri kecederaan dialaminya, jaringannya membantu England kendalian Gareth Southgate kembali ke landasan tepat untuk layak ke Piala Dunia.

Kane dan pemain tengah Liverpool Jordan Henderson bersilih ganti memakai lilitan kapten England dalam empat perlawanan terakhir dan kapten pada perlawanan esok akan memberi gambaran siapa yang akan kekal mengetuai pasukan. – AFP

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img