spot_img
spot_img

Pemain Berkualiti : Perlu 4 Tahun – Misbun Sidek

spot_img

“SETIDAKNYA empat tahun,” ujar ketua jurulatih perseorangan lelaki negara, Datuk Misbun Sidek mengulas tempoh masa diperlukan untuk membentuk pemain badminton baharu yang mempunyai kualiti seperti Datuk Lee Chong Wei.

Beliau berkata, tempoh itu dianggap bersesuaian selepas mengambil kira usia barisan pemain pelapis sedia ada yang masih muda.

“Macam Datuk Lee Chong Wei, (dibentuk) hampir-hampir lima tahun untuk jadi (pemain) nombor satu dunia.

- Advertisement -

“Sekarang ini, saya baru masuk (ke Persatuan Badminton Malaysia) lebih kurang tiga bulan. Jadi perlukan masa buat R&D (kajian dan pembangunan) untuk mereka sampai ke tahap itu,” katanya.

Ditanya kekangan dihadapi untuk mencapai matlamat tersebut, kata Misbun, membabitkan soal pengkhususan dalam pendekatan diberikan terhadap setiap pemain.

“Kita tidak boleh jadi macam pemain bola (sepak). Pengkhususan sangat penting kerana badminton mempunyai struktur badan berbeza.

- Advertisement -

“Ada orang (fizikalnya) pendek tapi kuat. Ada yang tinggi tapi longlai. Maka pendekatan daripada sistem sains sukan, psikologi dan sebagainya, banyak memainkan peranan,” katanya.

Katanya, banyak perkara harus diambil iktibar apatah lagi badminton masa kini menggunakan sistem pengiraan 21 mata dan sedikit kesilapan boleh membawa padah.

“Kita harus rombak daripada (aspek) sistem dan modul latihan supaya mereka dapat tangkap apa sebenarnya diperlukan dalam (sesuatu) perlawanan itu sendiri.

“Usia yang sesuai untuk membentuk pemain pula sekitar 17, 18 tahun,” katanya pada penutup Kem Bakat Badminton Kementerian Belia dan Sukan 2017 Peringkat Negeri Sembilan dengan kerjasama Kelab Badminton Nusa Mahsuri di Kompleks Sukan Tan Sri Dr Mohd Said, Seremban 2 di Seremban, semalam.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Sembilan, Azura Sarbin serta Penasihat Kelab Badminton Nusa Mahsuri, Datuk Seri Jalani Sidek.

Untuk rekod, legenda badminton negara ini bertanggungjawab mengembangkan bakat Chong Wei sehingga muncul sebagai pemain disegani yang merangkul pelbagai gelaran berprestij antaranya tiga pingat perak Sukan Olimpik dan empat kejuaraan Seluruh England.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img