spot_img
spot_img

Kehadiran Fastaqim 2.0 Capai Sasaran

spot_img

KUALA NERUS – Malam kemuncak Fastaqim 2.0 yang berlangsung di Pantai Tok Jembal, malam ini menyaksikan kehadiran hampir 200,000 ahli dan penyokong Pas, sekali gus mencapai jangkaan sebelum ini.

Kebanjiran pengunjung yang mulai sesak seawal jam 7 pagi itu kian bertambah menjelang petang berikutan masing-masing tidak mahu melepaskan peluang untuk turut merancakkan lagi perhimpunan yang diadakan selama dua hari sejak semalam itu.

Hari terakhir himpunan yang mengumpulkan ahli dan penyokong Pas dari seluruh negara itu turut dihadiri Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang serta kepimpinan tertinggi parti dan wakil NGO

- Advertisement -

Acara kemuncak itu turut diisi dengan aturcara penting lain seperti pelancaran jentera pilihan raya Pas Pusat, ikrar jentera, majlis menandatangi buku induk wawasan negara sejahtera dan pengisytiharan tokoh nasional bersama Pas.

Tinjauan Sinar Harian mendapati pengunjung mulai memenuhi ruang hadapan pentas utama sejak petang tadi untuk mencari kedudukan terbaik bagi membolehkan mereka mendengar dengan lebih jelas setiap amanat disampaikan.

Hampir segenap ruang di kawasan tapak program berkeluasan hampir 50 ekar itu dipenuhi orang ramai yang datang membawa tikar dan alas duduk lain.

- Advertisement -

Malah, inisiatiaf penganjur perhimpunan yang turut memasukan acara hiburan berbentuk lagu-lagu berkonsepkan agama dan keinsafan dilihat satu usaha untuk menarik kehadiran golongan muda.

Pengisian aktiviti menepati minat golongan muda itu secara tidak langsung menjadikan himpunan tersebut, tumpuan belia.

Kehadiran ramai pengunjung muda turut menarik perhatian Abdul Hadi dan beliau berkeyakinan jika sokongan itu berterusan ia mampu memberi masa depan yang baik kepada parti.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img