spot_img
spot_img

Tarikh PAU Tak Berubah

spot_img

Datuk Seri Najib Razak mengesahkan Persidangan Agung Umno akan tetap berlangsung pada 5 Disember depan.

“Perhimpunan Agung Umno confirm (sah) akan diadakan pada 5 Disember akan datang.

“Kita akan jadikan perhimpunan agung itu sebagai satu himpunan yang insya-Allah meriah dan mendapat sambutan positif dan baik,” katanya.

- Advertisement -

Najib berkata demikian pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) Kuala Lumpur malam ini.

Dengan pengumuman presiden Umno itu, ia sekaligus menafikan desas-desus yang mendakwa bahawa pilihan raya umum akan diadakan pada tahun ini.

Selain itu, pada sidang media sama, Najib yang juga perdana menteri memberitahu bahawa kerajaan mengambil maklum tentang peristiwa kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah.

- Advertisement -

Ekoran itu, beliau berkata kerajaan akan membuat pengumuman berhubung kedudukan sekolah tahfiz di negara ini pada pembentangan bajet Oktober depan.

“Kita ambil maklum kesan peristiwa menyedihkan daripada kebakaran maahad tahfiz di Kampung Datuk Keramat.

“Jadi kerajaan akan umum sesuatu dalam belanjawan berhubung kedudukan sekolah tahfiz di negara kita,” ujarnya.

Sementara itu, ketika ditanya sama ada BN akan menyerahkan senarai nama calon pilihan raya umum kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk saringan, Najib berkata sebahagian nama sudah dihantar kepada agensi berkenaan.

Malah, anggota parlimen Pekan itu memberitahu tiada lagi parti lain yang menyerahkan nama calon kepada SPRM selain BN.

“Sebahagian nama (calon pilihan raya) sudah ada pada SPRM. Sebarang nama tambahan akan dikemukakan (kemudian).

“Kita dah ada nama (calon) tapi belum ke peringkat untuk disahkan dan sebahagian nama-nama telah ada pada tangan SPRM.

“Parti-parti lain tak kemukakan pada SPRM kecuali BN sahaja,” kata Najib.

SPRM sebelum ini terbuka kepada mana-mana parti politik yang ingin menghantar senarai nama calon untuk saringan bagi memastikan mereka yang bakal bertanding dalam pilihan raya umum akan datang bebas rasuah.

Bagaimanapun menurut Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Dzulkifli Ahmad, perkara itu terpulang kepada parti-parti politik kerana tiada peruntukan dalam undang-undang mewajibkan mereka disaring SPRM.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img