spot_img
spot_img

PRU 14 : PSM Tanding 3 Kerusi Parlimen

spot_img

Parti Sosialis Malaysia (PSM) memutuskan akan bertanding di tiga kerusi parlimen di Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-14 meskipun akan berlaku pertembungan dengan Pakatan Harapan (HARAPAN).

Anggota Jawatankuasa Pusat PSM, S Arutchelvam berkata, kerusi berkenaan ialah Subang, Hulu Selangor dan Kuala Langat.

Beliau turut berharap pengundi akan mengundi gabungan pembangkang itu di kerusi-kerusi lain.

- Advertisement -

“PSM bertanding (di Subang) sebelum (anggota parlimen sekarang) R Sivarasa. Jadi kami hanya mahu mengambil balik kerusi kami.

“Kita hanya bertanding tiga peratus kerusi.

“Dalam (baki) 97 peratus kerusi (yang) kita tak bertanding, kita memang minta rakyat mengundi calon Pakatan Harapan kecuali calon itu bermasalah,” katanya.

- Advertisement -

Beliau berkata demikian pada sidang media di Pusat Khidmat Rakyat PSM Subang hari ini.

Selain itu, Arutchelvam berkata, PSM juga akan bertanding di empat kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor iaitu di Kota Damansara, Semenyih, Pelabuhan Klang dan Sri Muda.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img