spot_img
spot_img

Menteri Korea Utara “Serang” Trump Di PBB

spot_img

NEW YORK: Menteri Luar Korea Utara mengutuk Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam, menggelarnya pemimpin ‘berpenyakit mental’ yang akan meningkatkan kemungkinan berlakunya konfrontasi ketenteraan.

Ri Yong-ho memberitahu Perhimpunan Agung itu, ikrar Trump untuk ‘memusnahkan sama sekali’ negaranya jika perlu, seolah-olah menjadikan sasaran ‘roket’ (Korea Utara) ke tanah besar AS sesuatu yang tidak dapat dielakkan.

Menggambarkan Trump sebagai orang gila ‘megalomania’, Yong-ho berkata, pemimpin AS yang ‘memegang butang nuklear’ itu ‘mencetus ancaman paling berat’ terhadap kesejahteraan dan keamanan antarabangsa hari ini.

- Advertisement -

Dalam ucaptama pada Perhimpunan Agung, Selasa lalu, Trump menggelar pemimpin Kim Jong-Un sebagai ‘Lelaki Roket’ dalam ‘misi membunuh diri’.

Kenyataan itu mendorong Jong-Un memberi amaran bahawa Presiden AS akan membayar harga yang mahal atas ancamannya.

Yong-ho menuduh Trump menjadikan PBB sebagai sarang samseng yang ‘bertuhankan wang’, menyelesaikan masalah dengan ‘pertumpahan darah’ dan menghina Kim.

- Advertisement -

Beberapa minggu lalu, Korea Utara meledakkan bom nuklear keenamnya dan melancarkan ujian peluru berpandu antara benua dengan alasan perlu mempertahankan diri daripada ancaman AS dan sekutunya. – AFP

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img