spot_img
spot_img

GST Naik Lagi Bila Menang – Nurul Izzah

spot_img

JOHOR BAHRU – Kerajaan dijangka akan terus meningkatkan cukai Barangan Dan Perkhidmatan (GST) jika terus diberi mandat kemenangan pada pru akan datang.

Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mendakwa kepimpinan dibawah Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan menaikkan cukai tersebut sehingga 10 peratus.

“Jangan kata isu politik tidak ada kena mengena dengan wanita, bila masa kita ke pasar, harga barang melonjak naik, siapa yang harus dipersalahkan tentulah pimpinan politik dalam negara yang memutuskan memperkenalkan GST, sekarang baru 6 peratus, tunggulah… bagi Najib menang lagi, nanti naik sehingga 10 peratus.

- Advertisement -

“Ramai wanita bertanya, apa kesan rasuah kerana tiada kena mengena dengan saya (wanita), tetapi bila wang yang sepatutnya dilaburkan dalam 1MDB tiada kesan kerana saya masih dapat BR1M, kerana RM41 billion itu adalah sama dengan kutipan GST, kalau tiada skandal, kita tak perlu sibuk dibebankan dengan cukai ini, biasiswa dipotong, sebab itu kita perlu lawan,” katanya dalam Forum Wanita Penentu Masa Depan Negara, di Kampung Maju Jaya, di sini, semalam.

Katanya, perlaksanaan kerajaan memperkenal GST yang dikatakan menurunkan harga barangan asas sama sekali meleset.

“Kita buat kajian iaitu lapan daripada 12 barangan keperluan asas semua naik harga.

- Advertisement -

“Kita nak bercakap ini bukan seolah-olah semua nak cuba provikasi dan nak bagi orang benci kerajaan tetapi memang kerajaan memang silap, kena bencilah, bisalah takkan semua nak kena menang sentiasa,” katanya.

Katanya, antara agenda utama wanita dalam Pakatan Harapan adalah memastikan memperjuangkan isu GST dan peluang pekerjaan kepada graduan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img