1. Kasut yang selesa
Memandangkan banyak berjalan, pilih kasut yang paling selesa dan tidak menyakitkan kaki.
Kasut bertumit sederhana dan tinggi tidak disyorkan kerana boleh menyebabkan kaki melecet dan kesakitan pada tulang belakang.
2. Kemeja-T tidak berkedut
Selesa, kemas dan sesuai untuk sebarang tempat dan acara. Tidak perlu bersusah-payah seterika untuk tampil kemas bergaya.
3. Jam tangan dan aksesori ringkas
Jam tangan berguna bagi menunjukkan waktu namun kini, telefon pintar mampu berfungsi sebagai penunjuk waktu.
Pilihan aksesori perlu ringkas, minimum dan tidak menarik perhatian bagi mengelakkan kejadian tidak diingini khususnya, jenayah ragut menimpa anda.
4. Gaun labuh
Sesetengah destinasi misalnya pantai memerlukan anda bergaya santai dan selesa melangkah. Gaun labuh fabrik ringan dan selesa sesuai digayakan di kawasan pantai dengan tiupan bayu menyegarkan.
5. Kardigan
Bawa sehelai dua kardigan untuk menghangatkan tubuh dalam cuaca sejuk selain menutup bahu yang terdedah sekiranya mengunjungi tempat yang memerlukan anda berpakaian sopan.
5. Legging hitam
Legging hitam mampu menyembunyikan kekotoran selain selesa disarungkan ketika penerbangan jauh.
6. Dua pasang kaca mata hitam
Ia penting melindungi mata dari sinaran matahari namun sebaiknya, bawa dua pasang kaca mata untuk persediaan sekiranya salah satu hilang akibat keciciran atau salah letak.
8. Beg besar
Pilihan beg besar dan sebaiknya, jenis galas membolehkan anda mengisi segala keperluan dan kelengkapan misalnya, kamera, pengecas mudah alih, baju panas, sarung tangan dan sebagainya.
9. Seluar panjang/ pakaian longgar dan selesa
Sesetengah tempat dan masyarakat melarang keras gaya pemakaian mencolok mata. Mengunjungi tempat sebegini, elok bersedia dengan pakaian longgar dan tidak keterlaluan.
Disyorkan menyarungkan seluar panjang bersama blause longgar.
10. Fesyen verstail
Bergantung destinasi dituju, namun perlu bersedia sekiranya menerima undangan mengejut ke sesuatu majlis.
Supaya tampil bergaya dalam majlis berkenaan, anda disyor melaram dengan gaun labuh namun lebih menawan sekiranya, mengenakan gaun dan blaus.