spot_img
spot_img

Tekanan Darah Anwar Terkawal

spot_img

Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur, semalam akibat masalah tekanan darah kurang stabil kini terkawal, kata isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail yang juga adalah presiden PKR.

“Alhamdulillah keadaan beliau adalah terkawal.

“Semalam saudara Anwar Ibrahim telah dibawa ke Hospital Kuala Lumpur kerana tekanan darah yang kurang stabil.

- Advertisement -

“Dari semasa ke semasa, saudara Anwar akan dibawa ke HKL untuk beberapa hari bagi tujuan pemeriksaan yang dijadualkan, serta untuk pemantauan dan rawatan oleh pasukan doktor pakar yang ditugas menjaga kesihatan beliau,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada para doktor dan semua pihak yang mendoakan kesihatan suaminya.

“Seperti yang beliau sebutkan semalam, perubahan sudah menghampiri kita (“change is imminent”), maka kita perlu berdoa dan berusaha untuk memastikan kemenangan rakyat pada PRU14 kelak, insya-Allah,” katanya.

- Advertisement -

Anwar yang juga adalah ketua umum PKR sedang menjalani hukuman penjara lima tahun di penjara di Sungai Buloh atas kesalahan meliwat, dakwaan yang menurutnya bermotifkan politik.

Beliau dijangka dibebaskan pada pertengahan 2018.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img