spot_img
spot_img

31 Gol : Skuad Goalball Negara Bertaraf Dunia

spot_img

SKUAD goalball negara membuktikan mereka dalam kelas tersendiri apabila mudah membenam cabaran Myanmar 31-5 pada temasya Sukan Para Asean Kuala Lumpur 2017 (Para KL2017) di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (Mitec) semalam.

Kemenangan bergaya itu menyaksikan anak buah Abdul Karim Raham hampir pasti melangkah ke separuh akhir sebagai juara kumpulan walaupun masih mempunyai baki satu perlawanan untuk diharungi.

Bagi saingan hari ini, skuad negara diramal mudah menjinakkan pendatang baharu goalball Kemboja sekali gus kemenangan keenam di Para KL2017.

- Advertisement -

“Kemboja bukan saingan sebenar kita. Saya yakin kita mampu melepasi perlawanan esok (hari ini) dengan cemerlang.

“Apa yang penting, pemain perlu mengekalkan momentum dan tidak memandang rendah keupayaan lawan,” kata Abdul Karim.

Mengulas perlawanan semalam, Abdul Karim akui pemainnya tidak berdepan banyak masalah kerana Myanmar bukanlah antara pasukan terkuat di rantau ini.

- Advertisement -

“Sebenarnya saya sudah menjangkakan yang kita akan menang. Pemain bermain seperti biasa tanpa sebarang tekanan.

“Kita boleh sahaja habis awal (bunuh permainan), tapi tidak sampai hati risau penyokong yang datang tak puas tengok.

“Dan semalam kemenangan terbesar kita dalam sejarah Para Asean,” katanya.

Sebelum ini, Malaysia mencatat kemenangan moral apabila membelasah juara bertahan Thailand 11-7, sebelum melakar satu lagi kemenangan besar 10-0 ke atas Indonesia.

Untuk rekod empat pasukan teratas akan mara ke peringkat separuh akhir saingan pada kali ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img