spot_img
spot_img

Barat Talam Dua Muka – Tun M

spot_img

Amerika Syarikat dan United Kingdom yang sebelum ini sering mengkritik negara membangun berhubung rasuah, ternyata bersikap hipokrit apabila menerima kunjungan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri itu mendakwa, skandal yang mengaitkan Najib diketahui seluruh dunia dan media barat sendiri lantang membuat laporan terhadap “salah laku dan jenayah oleh Najib”.

“Amatlah mengecewakan dan mengejutkan apabila dilihat jaguh-jaguh antirasuah Barat sanggup menjemput Najib untuk melawat negara mereka dan mengadakan perbincangan dengannya.

- Advertisement -

“Sebabnya kerana Najib menawar untuk membeli pesawat komersial mereka. Yang mengaburi mata mereka ialah duit berbilion yang dikipas di depan mata,” katanya dalam blog hari ini.

Ketika pertemuannya dengan Presiden AS Donald Trump minggu lalu, Najib antara lain berkata Malaysia akan membeli 33 hingga 58 buah kapal terbang Boeing dengan nilai AS$10-20 bilion, selain Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan menggandakan pelaburan di sana.

Selepas lawatan itu, beliau terbang ke United Kingdom untuk bertemu Perdana Menteri Theresa May. Namun lawatan itu tidak diwar-warkan media dan tidak diketahui jika ada perbincangan tentang sebarang usaha sama atau pelaburan.

- Advertisement -

“Kita tak tahu apakah yang ditawar Najib untuk dibeli dari Britain. Boleh jadi pesawat pejuang Typhoon, mungkin satu atau dua squadron. Itu boleh jadi harga untuk peluang bergambar di depan (pejabat dan kediaman rasmi perdana menteri UK) No 10 Downing Street di London,” katanya.

Ketika menjadi perdana menteri, Mahathir memang terkenal kritis terhadap negara maju, antaranya kerana dilihat cuba “memaksakan nilai” terhadap negara membangun.

Malah selepas beberapa bulan memegang jawatan itu, beliau memulakan ‘buy British last’, iaitu dasar memboikot barangan negara itu selepas timbulnya beberapa pertikaian.

Mahathir berkata lagi, dua lawatan itu membuktikan rakyat tidak boleh mengharapkan negara barat untuk bertindak ke atas dakwaan salah laku walaupun dilakukan di negara mereka.

Najib sebelum ini dikaitkan dengan saman sivil oleh Jabatan Kehakiman (DOJ) AS berhubung aset yang didakwa dibeli menggunakan wang berkaitan 1MDB.

“Selama puluhan tahun Barat bersyarah dan mengkritik negara membangun berkenaan rasuah di negara mereka. Kegagalan pembangunan negara-negara ini, kata mereka, disebabkan rasuah dalam seluruh jentera pentadbiran.

“Rupa-rupanya hidung tinggi mereka terhadap negara membangun menyembunyikan sikap sebenar mereka…Kata orang, ‘jika kena nilainya, tidak mengapa rasuah. Ia hanya salah jika dilakukan orang lain’.

“Kata Trump dan May – kami hanya melakukan perniagaan. Kalau Malaysia menjadi bankrap kerana membeli barangan yang tidak diperlukan, itu masalah Malaysia. Kami perlu utamakan kekayaan kami,” katanya.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img