spot_img
spot_img

Tiada Pogba : “No Problemo”

spot_img

MANCHESTER United dijangka tidak berdepan masalah apabila melayan kunjungan Everton pada aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) malam esok, meskipun tanpa kelibat Paul Pogba di bahagian tengah.

Pogba disisihkan akibat masalah kecederaan hamstring ketika beraksi pada kempen Liga Juara-Juara menentang Basel, Rabu lalu.

Pemain Perancis itu dikeluarkan seawal minit ke-19 dan terpaksa direhatkan dalam tempoh beberapa minggu.

- Advertisement -

Penganalisis bola sepak, Paul Merson percaya ketiadaan Pogba yang telah meledak dua gol serta mencipta dua assist setakat ini tidak akan merencatkan momentum positif The Red Devils.

Menurutnya, skuad kendalian Jose Mourinho masih mempunyai kekuatan yang cukup untuk mengalahkan Everton.

“Everton seolah-olah tidak boleh bangkit selepas dijinakkan Tottenham Hotspur minggu lalu.

- Advertisement -

“Tanpa Pogba sekalipun, United boleh menang 3-0 di Old Trafford nanti,” katanya.

United ketika ini memimpin carta liga dengan 10 mata selepas empat perlawanan.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img