spot_img
spot_img

Hikayat Si Miskin Bantu Bangsawan Kaya

spot_img

Tun Dr Mahathir Mohamad terus menyindir Datuk Seri Najib Razak berkaitan kenyataan perdana menteri untuk membantu memperkukuhkan ekonomi Amerika Syarikat (AS).

“Malaysia sekarang dikenali sebagai pelabur penting untuk mengembalikan ekonomi dan kemudahan negara maju.

“Najib harus diberi tahniah atas kecemerlangan ini,” kata bekas perdana menteri itu.

- Advertisement -

Dalam pertemuan dengan Donald Trump di Rumah Putih, 12 September lalu, Najib memberitahu Presiden AS Donald Trump, Malaysia berminat melabur tiga atau empat bilion dolar lagi untuk mendukung kemudahan pembangunan semula negara itu.

Katanya, Malaysia mempunyai modal besar melalui Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk dieksport dan telah pun melabur hampir AS$7 bilion dalam bentuk ekuiti.

Najib juga berkata Malaysia Airlines (MAS) akan membeli 25 pesawat daripada AS dan barangkali menambah 24 lagi selepas ini.

- Advertisement -

Dalam tempoh lima tahun, rundingan itu, katanya, akan bernilai lebih AS$10 bilion.

Menulis di blog, Mahathir berkata beliau yakin pekerja-pekerja Malaysia akan menyokong Najib menggunakan “wang pencen mereka untuk memperkayakan Amerika yang sudah sedia kaya”.

“Saya yakin mereka tidak kisah hilang wang susulan sikap pemurah itu,” katanya.

Mengakui kerajaan mempunyai hak membelanjakan wang itu, tetapi mempersoal sama ada ia berbentuk hutang.

“Pekerja-pekerja mahu tahu syarat-syarat pinjaman. Pengurusan kerajaan terhadap 1MDB tidak meyakinkan orang ramai bahawa mereka berupa menguruskan wang.

“Jika ia gagal buat untung, bagaimana ia akan bayar balik hutang?

“Sekarang ini kerajaan tidak nampak ada duit. Malaysia Airlines bukan syarikat penerbangan paling kaya di dunia.

“Persoalannya, kita akan lihat wang AS$10 bilion sekali lagi atau ia akan hilang seperti duit 1MDB?” soalnya.

Dalam wawancara dengan Malaysiakini semalam, Mahathir tergelak apabila ditanya berkaitan ikrar Najib kepada Trump.

Katanya, inilah kali pertama negara dunia ketiga membuat janji sebegitu kepada kuasa besar dunia.

Hari ini Mahathir berkata kenyataan Najib kepada Trump itu akan dikenang dalam sejarah bagaimana “si miskin membantu si kaya”.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img