spot_img
spot_img

Gol Hatrik Milan Selepas 11 Tahun

spot_img

PENYERANG AC Milan, Andre Silva membantu kelabnya mencipta gol hatrik selepas 11 tahun gagal melakukannya di pentas Eropah dalam kemenangan 5-1 ke atas Austria Vienna dalam saingan Kumpulan D, awal pagi semalam.

Kali terakhir Milan mencatat gol hatrik dalam kejohanan di Eropah adalah pada 2006 ketika menentang Anderlecht.

Menurut Silva, ia satu penghargaan kepadanya untuk menamatkan penantian tersebut dan ia terjadi dalam penampilan sulungnya di Liga Europa.

- Advertisement -

“Ini adalah kali pertama saya bermain dalam Liga Europa dan terus mencetak hatrik.

“Semua pemain bermain dengan baik untuk kemenangan besar ini dan taktikal baharu yang diterapkan jurulatih juga berkesan,” katanya.

Dalam perlawanan itu, Pengendali Milan, Vincenzo Montella beralih dari formasi 4-3-3 ke 3-5-2 dengan Silva digandingkan bersama Nikola Kalinic di bahagian serangan.

- Advertisement -

“Saya serasi bersama Kalinic dan kami yakin pasukan bertambah kuat dan mampu mengharungi saingan lebih baik musim ini.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img