spot_img
spot_img

Terbuka Korea Selatan Lakar Kejutan

spot_img

KUALA LUMPUR: Gandingan beregu campuran negara, Chan Peng Soon-Cheah Yee See semakin menunjukkan peningkatan positif apabila melakar kejutan menewaskan pilihan kedua dari England, Chris Adcock-Gabrielle Adcock 16-21, 21-18, 21-16 dalam aksi pusingan kedua Terbuka Korea Selatan, sebentar tadi.

Peningkatan ditunjukkan pasangan yang mula digandingkan sejak Mei lalu itu membuktikan Peng Soon melaksanakan tugasnya untuk membimbing pemain muda dengan baik apabila corak permainan Yee See dilihat sudah semakin matang.

Peng Soon-Yee See akan berdepan gandingan Korea, Seo Seung Jae-Kim Ha Na untuk perebutan tempat ke separuh akhir esok.

- Advertisement -

Turut mara ke suku akhir ialah satu lagi beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie yang mengejutkan rakan senegara yang juga senior mereka, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing.

Soon Huat-Shevon membuktikan mereka kini sudah bersedia untuk mencabar kelompok pasangan 10 terbaik dunia apabila menang 24-26, 21-18, 21-18 ke atas Kian Meng-Pei Jing dalam aksi pusingan kedua.

Lebih manis, kemenangan itu berjaya melunaskan dendam pasangan berkenaan ke atas Kian Meng-Pei Jing yang menewaskan mereka ketika aksi final Malaysia Masters, Januari lalu.

- Advertisement -

Soon Huat-Shevon mempunyai laluan selesa untuk mara ke final kejohanan kali ini dengan mereka akan bertemu pasangan daripada pusingan kelayakan dari Jerman, Marvin Emil Seidel-Linda Efler untuk merebut tempat ke separuh akhir.

Bagi Pei Jing, dia dan Kian Meng menerima kekalahan itu kerana menyifatkan Soon Huat-Shevon bermain sangat baik dan bijak mengawal keadaan terutama ketika kami saling mengejar mata.

“Mereka bermain dengan baik berbanding kami, bijak mengawal keadaan. Saya agak kecewa dengan kekalahan ini kerana kalau tengok kepada undian, inilah peluang kami untuk mara ke final Siri Super buat kali pertama.

“Namun, kami perlu terima kekalahan ini dan perbaiki apa yang kurang. Kami perlu kembali fokus untuk menghadapi Terbuka Jepun pula minggu depan,” kata Pei Jing ketika dihubungi, hari ini.

Nasib tidak menyebelahi beregu wanita negara, Soong Fie Cho-Tee Jing Yi apabila tewas kepada pasangan China, Huang Yaqiong-Yu Xiaohan.

Mereka gagal menandingi kehebatan beregu China itu apabila tewas 7-21 17-21 dalam tempoh 31 minit.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img