spot_img
spot_img

PERKASA Turut Pertikai Najib Razak

spot_img

ULASAN | Lawatan rasmi Perdana Menteri Malaysia ke AS semalam, menimbulkan perspektif baru dalam konteks hubungan antarabangsa, dasar luar, diplomasi perdagangan dan ekonomi, serta geopolitik di Asia-Pasifik.

Hubungan Malaysia-AS sejak 1957 lebih dipengaruhi faktor perdagangan, bukan faktor geopolitik atau keselamatan serantau.

Kuala Lumpur-Washington bukan sekutu tentera seperti Filipina dan Thailand. Namun Malaysia mempunyai beberapa perjanjian kerjasama ketenteraan dengan AS di bidang latihan dan konsultansi. Ini dimeteraikan sebagai hedging kepada faktor China di Asia Tenggara.

- Advertisement -

Apabila perdana menteri memberi komitmen terbuka bahawa Mealaysia akan memerangi pengganas Muslim, termasuk al-Qaeda, Abu Sayyaf, dan Daesh, adakah ini menandakan Malaysia dalam proses dijadikan sekutu tentera AS?

Apabila Presiden Trump berkata, Malaysia akan memainkan peranan besar dalam gerakan anti-terorisme di Asia Tenggara, adakah ini bermakna Kuala Lumpur memainkan peranan anti-terorisme menerusi gerakan serangan ketenteraan?

Apakah komitmen Malaysia dan kenyataan Presiden Trump di atas memungkinkan Malaysia membuka fasiliti ketenteraannya di Sabah untuk membantu lojistik tentera AS di Basilan, Selatan Filipina, sejak 2002, untuk memerangi Abu sayyaf dan Daesh?

- Advertisement -

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) mendesak kerajaan memberikan perincian mengenai major role yang akan dimainkan Malaysia untuk memerangi pengganas Muslim di Asia Tenggara.

Adakah hanya terhad kepada aktiviti perang saraf? Adakah termasuk operasi ketenteraan di Sabah dan Selatan Filipina?

Kurang seimbang

Presiden Trump berkata, Malaysia sudah memutuskan hubungan dagangnya dengan Korea Utara. Adakah ini menandakan Malaysia berkompromi dalam keberkecualian dasar luarnya yang dipelopori Tun Razak Hussein di era perang dingin?

Adakah tindakan ini untuk hedging hubungan Malaysia-AS dan hubungan Malaysia-China yang kini kurang seimbang?

PERKASA minta kerajaan jelaskan hakikat anjakan dasar luar ini supaya keberkecualiannya terus terpelihara.

Perdana menteri juga memberitahu Presiden Trump, kunjungannya ke Rumah Putih, untuk membantu kuasa besar AS, mengukuhkan ekonominya, dan membangunkan semula projek-projek prasarananya.

Tawaran bernilai tinggi ini dipakejkan menerusi pembelian pesawat komersil untuk syarikat Malaysia Airline (MAS) sejumlah AS$10 bilion, penambahan pelaburan KWSP di pasaran modal AS antara A$3 bilion hingga AS$4 bilion, dan penambahan pelaburan Khazanah Nasional di bidang teknologi tinggi di AS, kini sejumlah AS$400 juta.

Diplomasi ini adalah satu paradoks atau mengandungi percanggahan. Ia dilakukan ketika rakyat marhaen Malaysia sedang diseksa dan didera oleh kos hidup harian yang kian melambung. Ia juga dilaksanakan oleh Malaysia selaku negara kecil terhadap AS selaku kuasa besar.

Soalnya, kenapakah Malaysia mesti membantu pemulihan ekonomi AS dan pembangunan semula prasarananya? Bukankan beribu-ribu kilometer lagi jalan kampung di Malaysia yang masih belum di turap tar, dan banyak lagi kampung perlukan air bersih, elektrik dan lain-lainnya?

Apakah matlamat sebenar Malaysia membantu pengukuhan ekonomi AS, dan menolong AS bangunkan semula infrastrukturnya? Tidakah ini aneh dan mungkin belum pernah dibuat oleh mana-mana negara kecil terhadap AS?

Kerajaan perlu menjelaskan tindakan diplomasi ini kepada rakyat Malaysia. Apakah matlamat sebenar di sebaliknya? Apakah untung dan ruginya?

PERKASA juga mendesak kerajaan menjelaskan kepada rakyat, mengenai cadangan KWSP menambah pelaburannya di AS, dan Khazanah Nasional menambah pelaburannya di bidang teknologi tinggi di AS.

PERKASA tidak rela, wang rakyat dan wang kerajaan Malaysia, dilaburkan di AS pada ketika ini, hanya sebagai strategi diplomasi ekonomi dan diplomasi dagang, yang matlamatnya adalah diragui dan mungkin untuk menggilap nama baik negara yang dikatakan terjejas akibat kemelut 1MDB.

________________________________________________

DATUK RUHANIE AHMAD merupakan naib presiden PERKASA merangkap Pengerusi Biro Ekonomi & Agenda Nasional Bumiputera

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img