spot_img
spot_img

HARAPAN Menawan Johor

spot_img

Pakatan pembangkang meletakkan Johor sebagai sasaran utama untuk menawan Putrajaya, kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Muhyiddin Yassin hari ini.

Bercakap dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Harapan (HARAPAN) Johor, Muhyiddin berkata persiapan sudah dimulakan untuk menyusun jentera parti di setiap peringkat.

“Kami (HARAPAN) menganggap Johor sebagai sasaran utama.

- Advertisement -

“Ini bermakna isyarat kemenangan HARAPAN di Putrajaya akan dimulakan dengan kemenangan di Nusajaya,” kata anggota parlimen Pagoh itu merujuk pusat pentadbiran Johor.

Muhyiddin berkata sebagai sebahagian persiapan, kempen “Luaskan Harapan” dilancarkan untuk meningkatkan kesedaran tentang agenda dan janji pakatan pembangkang itu di kalangan rakyat.

Kempen itu dimulakn lebih awal daripada pelancaran rasmi HARAPAN Johor pada 29 September dan konvensyen negeri yang dijadualkan bulan depan, katanya.

- Advertisement -

Muhyiddin bagaimanapun enggan mengulas lanjut ketika ditanya sama ada akan meletakkan calon berprofil tinggi di negeri itu.

“Tunggu dan lihat. Kita akan tahu apabila tiba masanya,” kata Pengerusi HARAPAN Johor itu yang turut menambah bahawa BERSATU dalam proses akhir menamakan senarai calon di Johor dan negeri lain.

Di peringkat parlimen, Muhyiddin berkata majlis presiden HARAPAN bersetuju untuk mencari kata putus dalam rundingan kerusi dalam tempoh seminggu.

BERSATU baru-baru ini mengadakan sambutan ulang tahun pertama parti itu di Muar, dengan mengiktiraf daerah itu sebagai sasaran utama dalam langkah menggempur bahagian utara Johor.

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img