STADIUM Shah Alam dipilih venue perlawanan akhir Piala Malaysia yang dijadualkan pada 4 November depan.
Perkongsian Liabiliti Terhad Bola Sepak Malaysia (FMLLP) berkata, pada awalnya pihaknya merancang untuk mengadakan perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 28 Oktober.
Namun katanya, jadual Liga Malaysia terpaksa dipinda bagi memberi laluan kepada persiapan skuad Harimau Muda ke Sukan Sea Kuala Lumpur 2017 (KL2017).
“Bagaimanapun, Stadium Nasional Bukit Jalil tidak dapat digunakan untuk acara bola sepak pada 4 November kerana sudah ditempah untuk acara lain,” katanya yang dipetik dari laman Facebook Football Malaysia LLP, semalam
Berdasarkan kapasiti 80,000 tempat duduk penonton dan stadium kedua terbesar di negara ini, pemilihan Stadium Shah Alam boleh dianggap sebagai pilihan terbaik dengan beberapa final sebelum ini termasuk perlawanan akhir KL2017 turut diadakan di stadium ini.