spot_img
spot_img

Tenis : Penantian 52 Tahun Afrika Selatan

spot_img

NEW YORK: Kevin Anderson menjadi pemain Afrika Selatan pertama dalam tempoh 52 tahun mara ke final Terbuka Amerika Syarikat (AS) selepas mengetepikan Pablo Carreno Busta dari Sepanyol 4-6, 7-5, 6-3, 6-4 dalam aksi separuh akhir, sebentar tadi.

Pemain berusia 31 tahun itu akan bertemu sama ada pemain nombor satu dunia dan juara dua kali, Rafael Nadal atau juara 2009, Juan Martin Del Potro pada aksi final, esok.

Anderson yang dilahirkan di Johannesburg dan berpangkalan di Florida akan turun dengan misi menjadi pemain pertama Afrika Selatan bergelar juara Grand Slam sejak kali terakhir dilakukan Johan Kriek pada Terbuka Australia 1981.

- Advertisement -

Cliff Drysdale adalah pemain Afrika Selatan terakhir yang mara ke final Terbuka AS pada 1965 tetapi tewas kepada Manuel Santana.

“Ia perjalanan yang panjang, ini memberi makna yang istimewa buat saya,” kata Anderson yang berdepan detik hitam kerjayanya pada Januari lalu apabila mengalami kecederaan pinggul sekali gus memaksa dirinya menarik diri daripada Terbuka Australia.

“Inilah sebab utama kami bekerja keras. Ia perlawanan yang sukar untuk saya dan Pablo, saya sedikit gementar kerana ia adalah kali pertama kami beraksi di pentas tertinggi dalam kejohanan utama.

- Advertisement -

“Saya umpama berada di bulan, saya gembira dengan kejayaan ini.”

Anderson dijangka berdepan laluan sukar dalam usaha muncul juara kerana berdasarkan rekod pertemuan dengan Nadal dan Del Potro, jelas ia tidak memihak kepada pemain berkenaan.

Dia tewas semua empat perlawanan menentang Nadal manakala tidak pernah merekodkan kemenangan ke atas Del Potro dalam enam pertemuan. – AFP

What’s your Reaction?
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0
+1
0

comments

Muat turun applikasi Berita Tular di Apple Store atau Google Play sekarang


Dapatkan informasi terkini di emel anda. Langgan secara percuma.

Terkini

spot_img
spot_img