Semua orang tahu yang sayuran sangat penting dalam pemakanan kita. Namun begitu sukar untuk mengekalkan kesegaran setiap kali simpan di rumah.
Ini kami kongsikan sebuah perkongsian oleh pengguna Facebook Syikin Miskam untuk mengekalkan kesegaran sayur walaupun disimpan lebih daripada 10 hari.
cara mudah kekalkan kesegaran sayur walaupun simpan selama 10 hari
TIPS SAYUR KEKAL SEGAR.
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Harini sy nak kongsi cara saya simpan sayur. Disebabkan saya ni agak malas hari-hari nak ke kedai beli sayur tambah-tambah lagi kedai runcit agak mahalkan. Sya dan suami akan k pasar borong selangor 2 minggu sekali atau 3 minggu sekali untuk beli segala keperluan masak. Percaya atau tidak semua sayur ni harga x sampai RM20 tau…Jimatkan kan kan..
Kami akan spend Rm150++ sahaja untuk barang basah bagi 2 k 3 minggu kegunaan. Eh panjang plak pengenalan jom2 kita pergi k tips simpan sayur segar berminggu-minggu.
1 —> Satukan semua sayur dalam satu bekas yang besar dan rendam bersama air tambah sedikit garam selama 10minit.
2 —> Toskan selama beberapa minit.
3 —> Rendamkan balik sayur dalam air sahaja tanpa garam tau selama 5minit sahaja.
4 —> Toskan lagi sampai air menghilang dari sayur okey. Lepastu masukkan dalam bekas kedap udara dan simpan dalam peti ais tadaa siap.
Sangat senang, mudah dan jimat bagi saya sorang suri rumah x payah nak bazirkan masa dan minyak kereta lagi hari-hari nak ke kedai kan.
Pemilik resepi : Pn Nurul Aima