Kereta merupakan pengangkutan untuk memudahkan kita bergerak ke mana-mana sahaja. Selain itu, bukan sahaja kita perlu menjaga prestasi kereta, malah penampilan luaran kereta juga perlu diambil berat agar kereta kita sentiasa dalam keadaan yang memuaskan dan kelihatan berseri.
Sekiranya anda membasuh kereta, ada beberapa perkara yang perlu lakukan dan elakkan supaya tidak memberikan kerosakan pada luaran kereta anda.
1. Jangan tunggu kotoran jelas baru anda mahu cuci kereta
Kotoran dari serangga kecil, tahi burung, hujan dan debu dari persekitaran sekeliling boleh menyebabkan lapisan pada cat. Jangan basuh kereta mengikut kehendak anda tetapi sebaiknya basuh kereta anda bila perlu terutamanya ketika hujan kerana asid hujan boleh menyebabkan cat pada kenderaan anda cepat terhakis.
2. Jangan cuci kenderaan anda di tengah panas
Pada keadaan suhu tinggi, jangan basuh kenderaan anda kerana ianya menyukarkan untuk dicuci dan boleh merosakkan cat kereta anda. Seeloknya letakkan kenderaan anda di tempat redup ataupun tunggu suhu berkurangan sebelum membasuh kereta.
3. Pastikan anda menggunakan alat yang betul dan sesuai
Ketika anda membasuh kereta, pastikan anda menggunakan alat yang sesuai seperti span besar, sabun khas dan air yang banyak untuk mencuci kereta. Anda juga memerlukan bahan pencuci khas untuk membuang tar jalan yang melekat pada kereta anda.
4. Basuh ikut bahagian kereta
Jika anda membasuh kereta, pastikan anda memfokuskan pada satu bahagian dahulu, kemudian basuh, bilas dan keringkan. Ketika membasuh kereta anda menggunakan span, jangan buat pergerakan dalam bentuk bulat kerana ia akan meninggalkan kesan bulatan yang jelas, sebaiknya basuh dengan pergerakan berbentuk  lurus.
5. Wax kereta anda dua kali setahun
Wax akan mengekalkan keadaan cat kereta anda serta mencantikkan semula warna cat kereta anda. Ianya juga adalah pilihan yang terbaik jika anda bercadang ingin menjual semula kereta anda kepada orang lain.
Sumber dari Siakap Keli